Blogger Widgets
Selamat Datang Ke Laman Mr.S... Semoga Anda Bergembira Dalam Melayari Blog ini... Jangan lupa Follow, Like, Share Dan Comment ye!! ^_^ Terima Kasih!!!

Friday 24 February 2012

Mengadu Pada Allah



Assalamualaikum =)

Apa kabar semua? 
Sihat? 
Semoga korg semua bersama redha Allah ye.
Mr.S saje nak pesan-pesan, sebelum makan jangan lupa baca doa ae ^_^v
Hehe~

Mr.S In Love Ke?
Erm rare tak ayat kat atas ni?
Ada sikit kan?
Haha =D

Saje je sebab tak tahu nak buat apa dah.
Bosan sangat sampai dah tak tahu nak cerita apa.
At last, Mr.S rase macam nak cerita pasal Mr.S sikit laa.
Boleh tak?? =)

Mr.S tak ada couple lagi pun sebab tak reti.
Tapi lumrah manusia, sukakan seseorang.
Yup, mesti lah ada kan?
Kalau tak ada memang pelik la.
Member Mr.S yang nerd pon ada suka kat gurls.
Hehe ^_-

Okey macam yang selalu kita dengar, mengadu pada Allah.
Maksudnya kita berdoalah kan.
Apa yang kita hajatkan, InsyaALLAH dimakbulkan.
So, jom sama-sama kita doa ae.
Tadah tangan semua =)

" Bismillahirrahmanirrahim "


Ya Allah ya Tuhan kami,
Ampunilah dosa kami ya Allah.
Dosa ibu bapa kami,
Dosa guru-guru kami,
Dosa keluarga kami,
Dosa rakan-rakan kami,
Dosa seluruh muslimin muslimat,
Sama ada yang masih hidup atau yang sudah meninggal dunia ya Allah.


Dosa sedar dan kami yakin bahawa banyak dosa yang telah kami lakukan,
Dosa kami ibarat buih di lautan ya Allah,
Dosa kami ibarat pasir di padang pasir ya Allah,
Dosa kami ibarat debu yang berterbangan di udara ya Allah,
Dosa kami ibarat rumput di halaman ya Allah,
Apalah kiranya Engkau mengampuni dosa-dosa kami ya Allah,
Dosa yang kami lakukan selama ini,
Sama ada sedar atau pun tidak ya Allah,
Sesungguhnya kami hambamu yang hina ya Allah.


Ya Rahman ya Rahim,
Kau tetapkanlah hati kami ini ya Allah,
Bukakanlah hati kami ini untuk menerima cintaMu,
Dan berikan kami ketabahan dalam menghadapi hidup,
Janganlah engkau lebihkan cinta kami kepada yang lain melainkan Engkau,
Bahawasanya Engkau Tuhan yang Esa.


Ya Allah ya Tuhan kami,
Kami yakin dengan ayat-ayat Mu,
Kami percaya tentang apa yang terkandung di dalam Al-Quran,
Sesungguhnya lelaki yang baik untuk perempuan yang baik,
Maka engkau bukakanlah hati kami untuk menjadi insan yang Soleh dan Solehah,
Dan berikan kami pasangan hidup yang dapat membahagiakan kami,
Yang dapat memimpin kami menuju syurgaMu ya Allah,


Kami hambaMu yang lemah,
Kami banyak tergoda dengan hasutan nafsu,
Maka berikanlah kami meneman hidup yang mampu membimbing kami,
Agar kami dapat mendekatkan diri kepadaMu.
Bantulah kami ya Allah.


Ya Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang,
Aku sukakan dia ya Allah,
Hati aku terpaut padanya ya Allah,
Andainya ditakdirkan aku dengan dia,
Engkau titipkanlah kemesraan antara kami,
Hindarkanlah kami daripada kemaksiatan,
Jagalah hatinya agar tidak berpaling daripada melabuhkan hatinya pada hatiMu,
Dekatkanlah kami kepadaMu,
Sesungguhnya Engkau yang kami lebih cintai.  


Wahai Tuhan yang maha mulia,
Hanya Engkaulah kami menolong pertolongan,
Tunjukkanlah kami jalan yang benar,
Dan jauhkanlah kami dari sebarang kemungkaran dan kekufuran,
Semoga kami dapat beriman dan bertaqwa kepadaMu,
Engkau kabulkanlah segala hajat dan doa kami ya Allah,
Sesungguhnya Engkau yang berhak atas sesuatu.  


" Amin Ya Rabbala'lamin "
 
Okey, dah habis doa?
Amin =)
InsyaAllah, Allah akan kabulkan doa kita semua.
Ingat ye, doa adalah senjata mukmin,
So sama-samalah kita banyakkan berdoa.
Supaya kita lebih beriman.
Amin~
Semoga berbahagia semua ^_^v


May Allah bless us

Assalamualaikum =)


Wednesday 22 February 2012

Kisah Si Adik Dan Si Abang



Assalamualaikum =)

Sebuah kisah yang mengisahkan tentang seorang adik yang selalu mengirim surat untuk abangnya. Dan dia tidak tahu bahawa abgnya membalas surat itu.


Selamat Ber'perasaan'  (-.-,)


Aku ada abg..Dah lama berpisah..Tapi aku selalu utus surat kat die yg kat kampong..Satu pon x berbalas..


2 Tahun lepas..Aku menikah tanpa izin abang..Sebab puas aku cari tapi x jumpa dia..Sepanj…ang perkahwinan aku..Aku x tenang..


Cuti sekolah yang lepas..Aku ajak suami aku balik kampong..Aku nak bersihkan rumah pusaka mak dan ayah.. Semasa membersih rumah usang tu..Aku tersapu surat yang aku kirimkan pada abangku 2 tahun yang lalu..Sebelum aku menikah…suratnya macam ni..




Khas buat abangku,

Abg, ko ingat lagi x..
Mak ngan ayah meninggal mase aku Darjah 5..ko plak Tingkatan 5.., Masa tu diorang eksiden sebab nak beli kek befday aku sebab aku baling semua perhiasan kat umah kite, sampai mak terpaksa pegi beli ngan ayah..Tapi aku hairan mase tu, ada satu bekas kaca yg aku pecahkan..tbe2 banyak air keluar..Tapi ko cepat2 lap lantai umah kite..Tapi aku x amik kisah pon sal hal tu..

Sebelum pegi, diorang cium kita berdua. Diorang cakap

“ Abg, ko jaga adik. Jangan bagi nangis. Kalo mak dah xde, ko jangan tinggal die. Ingat sket mak ngan ayah ko ni..Jangan sesekali biar die sorang-sorang “

Ko ingat x..

Sebelum diorang pegi beli kek, ko balik dari sekolah, ko belikan aku pengikat rambut warna biru, sebab ko ske warna biru kan???..Tapi aku campak kat longkang belakang umah kite, Sebab aku suke warna pink. Lepas kejadian tu..ko x penah ucap bufday kat aku lagi..Sampai sekarang..

Abg, ko ingat x..

Kita hidup 2 orang je lepas tu, ko x sekolah lagi..Ko pegi mana pon aku xtau..Tapi malam malam baru ko balik dan xpernah cakap ngan aku, Ingat tak, aku masak untuk ko, Tapi ko xmakan pon..Last2 pagi esok aku nampak ayam2 yg makan.Ko x penah ucap terima kasih kat aku.

Abg, ko ingat x..

Pernah sekali aku mintak duit nak pegi sekolah, Tapi time tu ko tengah tido..Aku amik Dua riggit dalam poket jeans ko..Masa balik sekolah, ko lempang aku sampai mulut aku darah. Tapi ko x pujuk aku balik pon..Tapi keesokannya,nasib baik luka tu dah elok..

Abg, ko ingat x..

Semasa umur aku 18 tahun..ko hantar aku kat Kuala Lumpur, umah Pak Long..ko cakap ko ada hal..Tapi sampai sekarang ko x datang amik aku..Berpuluh surat aku titipkan bersama airmata aku pada kau..Kenapa tiada sebarang balasan..Kenapa abg??

Sekarang umur aku dah mencecah 26 tahun, dan umur ko dah pon 32 tahun, aku sudah pon disunting orang..Ketika hajat untuk menikah aku sampaikan surat lagi pada engkau..Kenapa kau diam je? Kenapa ko x cakap apa2? Aku perlu izinmu sebagai wali aku..

Abg,

Jika kau dapat surat ni..Katakanlah pada aku..Ada apa sebenarnya yg sedang berlaku..

Salam sayang,

Adik.



Aku mula terasa yg teringin nak selongkar rumah pusaka ni…Yelah.. Nak balik jarang sangat..

Masa aku buka balik almari aku yang buruk yang dah kena makan anai2..Tibe ada satu kotak besar jatuh and banyak kotak2 kecik serta sampul2 surat..

Dan tiba2 aku terpandang satu surat yang cantik sangat…dan aku buka…



Assalamualaikum..

Kehadapan adikku yang jauh di mata ..

Maafkan abg kerana tidak membalas satu pon surat yang engkau kirimkan..Kerana aku tidak berdaya sayang..

Aku masih ingat detik kemalangan mak dan ayah kita..Iye, kau pecahkan perhiasan rumah..Tahukah kau salah satu perhiasan di situ adalah hadiah untukmu?? Mesti kau tidak perasan..Yang pecah itu adalah sebuah balang ikan emas yg telah aku, ayah dan mak belikan untuk kau..Tahukah kau ayah masih berhutang dengan apek yg jual ikan tu di pekan..

Adikku sayang..

Aku tau kau tak suka warna biru..Tapi aku beli pengikat rambut itu untuk kau..Supaya kau akan ingatkan aku sentiasa bila kau pakai pengikat rambut itu..Walaupon kau dah campakkan pengikat rambut tu..Aku dah ambil balik, dan basuh..dan telah aku letakkan dalam sebuah kotak kecil di rumah kita..Nanti kau ambillah yeerr..

Adikku sayang..

Jangan lah kau bersedih kerana aku sudah tidak ucapkan lagi tanggal hari jadi mu..Kau pon sudah lupa ya..Pada tarikh itulah kedua orang tua kita meninggal..Aku tak sanggup melihat tangisan engkau bila aku ucapkannya..Aku harap kau mengerti..

Adikku sayang..

Tahukah kau kenapa aku hanya balik bila malam saja..Kerana aku bekerja di pekan..Mengangkat guni2 untuk letak dalam lori..Untuk menyara engkau..Untuk membeli buku sekolah engkau, makan kau, baju-baju engkau dan semua persiapan kau..Kerana masa itu,..Kau sangat terkenal dengan kecantikan kau, Ramai yg memuji..Aku harus sediakan perhiasan untuk kau..Supaya kau tidak rasa malu..Aku tidak pulang siang hari kerana aku takut jika engkau dicerca kerana abangmu yg kelihatan seperti pengemis ini..

Adikku sayang,

siapa cakap yg aku tidak menjamah masakan kau..Aku akan makan masakan itu sebelum subuh..Sebab aku perlukan tenaga untuk siang hari, dan aku makan semasa engkau tidur..Supaya jari-jarimu tidak tercedera dan kasar semasa basuh pinggan dan matamu tidak bengkak kerana menemani aku makan..

Adikku sayang,

aku malu untuk ucapkan terima kasih..Kerana engkau banyak berkorban untukku..Kau menyediakan makanku dan segalanya..Adakah ucapan itu cukup untuk membayar semuanya?? Jika aku ucapkan terima kasih..Biarlah aku ucapkan di akhir hayatku..Kerana terima kasihku untukmu adalah ntuk semua yg kau lakukan semasa hidupku..

Adikku sayang,

Maafkan aku kerana aku memukulmu..Tahukah kau mencuri dan mengambil barang tanpa kebenaran adalah berdosa? Aku tidak sanggup untuk mengherdik kau lalu aku putuskan untuk memberi pengajaran yg akan kau ingat sampai bila-bila..Betulkan..selepas kejadian itu..Kau sudah tidak mengambil barang orang lain sesuka hati kan?? Itu tandanya perbuatanku tidak sia sia kerana aku dapat mendidikmu..Dan tahukah kau aku berhempas pulas menyapu minyak dibibirmu pada malam itu ketika kau tidur?Aku keluar mencari pucuk jambu batu dan menggilingnya sehingga batu lesung itu turut menggiling tangan aku..Sakit yang amat sangat..Tapi aku tetap teruskan dan Alhamdulillah..aku Berjaya mencuci kesan minyak dan ubat itu sebelum kau bangun..Aku tidak mau bengkak itu mencacatkan wajahmu yang cantik itu..

Adikku sayang..

Maafkan aku kerana terpaksa memisahkan kau dari aku, sebenarnya..aku menghantar kau kat umah pak long kerana aku jatuh sakit ketika itu..Mungkin kerana ketika aku bekerja kontrak di tempat pembinaan menyebabkan aku sangat terdedah pada debu dan simen..Aku terjatuh semasa kerja dan dikejarkan ke hospital..Doktor mengesahkan aku menghidapi barah peparu dimana badan ku tidak berupaya untuk memikul barang yg berat, serta pernafasan aku sudah tak selancar dulu..Patutlah aku selalu batuk batuk, sesak nafas dan pandanganku yg makin kabur..Aku terpaksa dirawat dihospital walaupon doktor menjangkakan aku xkan bertahan lama..

Sayangku..

Aku titipkan surat ni di rumah pusaka, ketika ini aku di hospital..Jika suatu hari nanti engkau pulang ke rumah kita..Bacalah semua surat2 dan bukalah semua hadiah yg aku belikan setiap tahun lebih kurang 9 tahun dahulu..Dan maafkan aku jika tidak dapat sediakan hadiah untukmu pada tahun ini..

Adikku sayang..

Mungkin tika kau membaca surat ini..Aku sudah pon tiada..Jangan kau bersedih..Di sini ada beberapa perkara yang ingin aku katakan..

Untuk menyapu rumah kita ketika aku pulang dengan pakaian dan kotor serta debu, TERIMA KASIH.

Untuk mengelap setiap barang yg aku sentuh supaya sentiasa bersih dan tiada kuman, TERIMA KASIH.

Untuk membasuh pakaianku yg busuk dengan peluh ku, TERIMA KASIH.

Untuk melemparkan senyuman dan salaman ketika aku pulang dr kerja, TERIMA KASIH.

Untuk memasak lauk kegemaranku yg kau sangka aku tidak suka, TERIMA KASIH.

Untuk mengingatiku dan menulis surat yg tidak bisa aku balas, TERIMA KASIH.

Untuk menjadi adik yang sangat aku sayangi, TERIMA KASIH.

Untuk segalanya yang kita tempuhi, suka mahupon duka, TERIMA KASIH.

Adikku sayang..

sekiranya engkau disunting seseorang..Biarkan pakcik kita menjadi walimu..Kerana aku mungkin sudah tiada..

Bahagiakanlah dirimu..Kerana itu yg aku mahukan..Jagalah suamimu dan jangan kau ingkarinya..

Salam sayang sedalam-dalamnya,

Abang.



Di rumah pusaka itu..Aku termenung bersama jernihan airmata yg mengalir..Lantas..Aku buka satu persatu hadiah yang dikatakan..

Semuanya berwarna pink..Dan semuanya di tulis nama aku dengan tulisan yg sangat indah..Ya Allah…Aku meraung sambil menatap hadiah itu..

Ya Allah..dimanakah dapat ku cari insan semulia abangku.

* Ideas from Facebook!



RENUNGAN

Sedih kan??
So kepada anda semua, hargailah orang tersayang..
Boleh??
Dan selalulah bersangka baik..
Sekian dari Mr.S ^_^




May ALLAH bless us



Assalamualaikum =)

Monday 20 February 2012

Coretan Anak Yang Manja

Assalamualaikum =)


Satu hari, si ayah membeli beberapa gulung kertas bungkusan hadiah, Mr.S yang masih kebudak-budakan dan manja sekali, meminta satu gulung daripada beliau.

"Untuk apa?", tanya ayah. "Nak bungkus hadiah", jawab manja.

"Jangan dibuang-buang ya", pesan ayah, sambil memberikan satu gulungan kecil.

Keesokan harinya, pagi-pagi lagi Mr.S sudah bangun dan membangunkan ayahnya, "Yah, Ayah... ada hadiah untuk Ayah."

Ayah yang masih menggeliat, matanya pun belum lagi terbuka sepenuhnya menjawab, "Sudahlah.... nanti nanti saja."

Tetapi Mr.S pantang menyerah, "Ayah, Ayah, bangun Ayah, dah pagi."

"Eh... kenapa ganggu ayah... masih terlalu awal lagi untuk ayah bangun."

Ayah terpandang sebuah bungkusan yang telah dibalut dengan kertas pembungkus yang diberikan semalam.

"Hadiah apa ni?"

"Hadiah dari Syaer untuk Ayah. Bukalah Yah, buka sekarang."

Dan ayah pun membuka bungkusan itu.

Ternyata di dalamnya hanya sebuah kotak kosong. Tidak berisi apa pun juga.

"Eh.. kenapa kosong?? Tak ada isi di dalamnya. Kan Ayah dah kata jangan buang-buang kertas bungkusan Ayah ni. Membazir tu"

Dengan bersahaja Mr.S menjawab, "Tak Ayah, ada isi tu... tadi kan, Syaer masukkan banyak ciuman Syaer untuk Ayah."

Ayah merasa terharu, dia mengangkat Mr.S lalu dipeluk dan diciumnya.

"Syaer, Ayah belum pernah menerima hadiah seindah ini. Ayah akan selalu menyimpan hadiah ini. Ayah akan bawa ke pejabat dan sekali-sekala kalau perlu ciuman Syaer, Ayah akan mengambil satu. Nanti kalau kosong diisi lagi ya!"

Kotak kosong yang sesaat sebelumnya dianggap tidak berisi, tidak memiliki nilai apa-apa pun, tiba-tiba terisi, tiba-tiba memiliki nilai yang begitu tinggi. Apa yang terjadi?

Walaupun kotak itu memiliki nilai yang sangat tinggi di mata si ayah, namun di mata orang lain tetap juga tidak memiliki nilai apa pun dan menganggapnya sebuah kotak kosong.

My Lovely Dad =)

Thursday 16 February 2012

Mas Kahwin, Lain Tempat, Lain Harga


Assalamualaikum =)

Kaifa halukum jamia'n? Hehe ^_^ maksudnya ' apa khabar semua? ' Korg semua sihat tak? Mr.S doakan semua sihat-sihat belaka lah ye. Okey baiklah, entry kali ini Mr.S nak ceritakan tentang mas kahwin.

Ya, Mas Kahwin. Korg semua sure tau kan setiap negeri dekat Malaysia ni lain-lain nilai mas kahwinnya. So Mr.S suka untuk berkongsi tentang mas kahwin ni. Dalam entry ni Mr.S just tunjukkan je nilai mas kahwin yang terdapat pada setiap negeri. Nak tak nak korg semua mesti terima dengan hati yang terbuka untuk membina mahligai yang akan bahagia nanti ye. Mr.S doakan untuk semua. AMIN =)

Kenapa lain-lain harga nya? Mr.S pun terfikir juga. Ada sebabnya kenapa mas kahwin dekat Malaysia lain nilainya. Tapi dalam sedar tak sedar, mas kahwin ni merupakan tanggungjawab sebagai seorang suami kepada isteri. Baru-baru je kahwin, terus ada tanggungjawab. Betapa pentingnya nilai tanggungjwab dalam Islam.

Berikut adalah mas kahwin yang terdapat di Malaysia :

KLIK UNTUK LEBIH JELAS!

Dah tengok? So apa perasaan korg? HAHA =D. Mr.S bukan suruh korg break untuk dapat isteri yang murah mas kahwinnya, tidak. Mr.S doakan kepada sesiapa yang bakal berkahwin tu akan bahagia dunia akhirat okey. Untuk mencapai sesuatu yang kita inginkan, pengorbanan itu amatlah penting. Nak tak nak korg bayar je mas kahwin tu. (kehkehkeh =D)

Kepada yang belum tu, korg sabar je. Jodoh di tangan Tuhan. Allah menjadikan makhluknya berpasang-pasangan. So korg jangan risau, tunggu masa je. InsyaAllah, korg akan dapat yang baik. Dan ingat, Lelaki Yang Baik Untuk Perempuan Yang Baik. Okey? Sama-sama kita jadi baik. (^_^)v Peace!

May Allah bless us

Assalamualaikum =)

Tuesday 14 February 2012

Siapa Jodoh Aku?



Assalamualaikum =)

Apa kabar semua?? Sihat?? Entry kali ini Mr.S nak berkongsi tentang JODOH pula. Bercerita soal jodoh, bukan dalam kotak pengetahuan kita sebagai manusia bahkan ia adalah pengetahuan Allah sepenuhnya. Kita tidak mampu untuk menentukan siapa jodoh kita, berapa ramai anak kita, kebahagiaan kita, tetapi kita mampu merancang. Ada juga seorang lelaki yang berjaya mengahwini seorang wanita yang solehah serta cantik, tetapi akhirnya mereka bercerai kerana bukan jodoh untuk mereka. Di sini Mr.S ada sepotong ayat berkaitan dengan jodoh.


" (Lazimnya) Perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat. Lelaki -lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat, perempuan-perempuan yang baik adalah untuk lelaki-lelaki yang baik dan lelaki-lelaki yang baik adalah untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih daripada tuduhanburuk yang didakwa ke atas mereka oleh orang (yang jahat), mereka (yang baik) itu beroleh pengampunan Allah dan dikurniakan rezeki yang mulia. "
(Surah An-Nur : Ayat 26)
Berdasarkan ayat berikut, ia diturunkan untuk menyucikan diri Aisyah r.a. daripada fitnah yang dibawa oleh mulut-mulut kotor orang munafik. Mereka mendakwa bahawa isteri Rasullullah SAW, Aisyah binti Abu Bakar melakukan penzinaan. Namun, Allah mencintai hambaNya yang kasih kepadaNya, lantas menurunkan wahyu bersaksi atas kesucian Aisyah.

Apakah hujah Allah SWT? Hujahnya adalah perempuan yang jahat dan hina adalah buat lelaki yang jahat juga. Manakala perempuan yang baik dan solehah untuk lelaki yang solah. Aisyah adalah wanita yang solehah, dia mendapat kemuliaan dengan dijodohkan dengan Rasullullah SAW.

Sekiranya kita hendak mencari jodoh yang soleh mahupun solehah, kita perlu memperbaiki diri kita dan membentuk peribadi agar menjadi insan yang soleh di mata Allah SWT. Dalam dunia ini, tidak ada seorang pun yang mahukan pasangan yang jahat dan hina, semuanya mahukan yang baik sahaja. Seperti Mr.S juga sebagai manusia biasa ini.

Aisyah r.a pernah mendengar Rasullullah SAW berkata,

" اَلَأرْوَاحُ جُنُودٌ مُجَنَّدَةٌ فَمَا تَعَارَفَ مِنْهَا ائْتَلَفَ وَمَا تَنَاكَرَ مِنْهَا اخْتَلَفَ "

" Roh-roh adalah umpama tentera yang berperang, apabila ia saling kenal mengenali, is akan bersatu, apabila ia saling tidak mengenali, ia akan berbeza. "

(Diriwayatkan oleh Al-Bukhari)

Kecenderungan manusia memang begitu, itu hakikat roh yang rahsianya cukup tersembunyi. Apabila kita sukakan seekor kucing yang berbulu tebal, kemudian ada pula manusia lain yang juga sukakan kucing yang sebegitu, pastinya timbul rasa 'dekat' dalam hati kita. Sama seperti manusia juga, jika kita mengenali seseorang itu dengan lebih dekat, pastinya akan makin terdekat.

Uniknya Islam kerana adanya pertunangan. Dalam tempoh ini lah Islam memberikan masa kepada pasangan calon suami isteri untuk mencri latar belakang masing-masing sekaligus dapat mewujudkan perasaan cinta sesama mereka. Mungkin banyak perbezaan yang dapat dikesan tetapi dengan beberapa kecenderungan yang sama, Allah mengikat cinta sesama kita dengan lebih kukuh dan erat. Sama-samalah kita berdoa kepada Allah. Sesungguhnya, hanya Allah yang tahu jodoh kita =)!

* Ideas from " Apa Erti Cinta? : Syihabudin Ahmad "


RENUNGAN
Haa, amacam semua??
Oke tak??
So lepas nie kita sama-samalah berdoa ye..
Doalah bahawa Allah jodohkan kita dengan jodoh yang sebaiknya..
Ingatlah, lelaki yang baik untuk wanita yang baik..
Renung-renungkan dan beramal bersama..
Hehe ^_^v

May ALLAH bless us

Assalamualaikum =)

Wordless Wednesday 2


What do you think about this? Menarik kan??
HAHA =D
Kalau korg nk tau, ni laa salah satu bnde yg ade dalam idea Mr.S dulu-dulu..
Tapi dah ade yg dah buat dah..
So tak jadi nk buat.. ^_^v

Monday 6 February 2012

Untukmu Sahabat



Assalamualaikum =)


Pada suatu hari, seorang wanita yang bernama Farah (nama samaran), masih muda dan baru sahaja bernikah mengunjungi ibunya. Mereka duduk di sebuah sofa dan menikmati hidangan dan segelas air teh. Ketika mereka sedang berbincang-bincang mengenai kehidupan, pernikahan, tanggungjawab serta kewajiban dalan hidup, si ibu dengan lemah lembut meletakkan seketul ais ke dalam gelasnya yang panas sambil menatap muka anaknya itu.

" Farah, jangan kamu melupakan sahabat-sahabat wanitamu. " nasihatnya sambil meletakkan seketul ais lagi ke dalam gelasnya. 

" Mereka akan menjadi orang yang penting dalam hidup Farah ketika usia Farah semakin tua nanti. Tidak peduli seberapa dalam Farah mencintai suami, seberapa banyak anak yang Farah miliki, Farah tetap harus memiliki sahabat wanita. Ingatlah, untuk berjalan-jalan bersama mereka, melakukan apa sahaja hal bersama-sama mereka. Dan Farah kena ingat,  mereka bukan sahaja sahabat wanita Farah, tetapi mereka akan menjadi saudara, anak dan yang lainnya. Farah akan selalu menginginkan wanita yang lain kerana wanita selalu begitu. " jelas sang ibu.

" Kenapa pelik sangat nasihat ibu ni! " Farah berbisik.

" Ibu, bukankah Farah baru saja bernikah? Farah ingin bergabung dalam dunia pasangan-pasangan muda. Sekarang Farah adalah seorang isteri, orang dewasa dan bukan anak perempuan kecil yang teman macam itu! Semestinya keluarga yang akan kami bina akan membuatkan hidup Farah lebih bererti. Maaf ibu jika tinggikan suara. Farah hanya meluahkan apa yang Farah fikir sekarang. "

Tetapi, Farah tetap mendengarkan nasihat ibunya. Dia terus berhubungan dengan sahabat-sahabat wanitanya dan bertemu semakin ramai sahabat setiap tahun. 

Ketika tahun demi tahun berlalu, dia mula merasakan betapa benar nasihat yang diberikan ibunya itu. Ketika waktu dan keadaan yang sangat memilukan, pahit bagi dia, sahabat-sahabat wanitanya tetap berada dalam kehidupannya.

Setelah hidup selama berpuluh-puluh tahun dalam dunia ini, inilah fakta yang dapat Farah dapati dari memiliki sahabat wanita :
  1. Sahabat wanita akan menjaga rahsiamu.
  2. Sahabat wanita akan memberikan nasihat ketika kamu memerlukannya.
  3. Sahabat wanita tidak akan mengatakan apa yang kamu lakukan benar, tetapi mereka bersifat jujur.
  4. Sahabat wanita akan terus mengasihimu walaupun ada perbezaan pendapat.
  5. Sahabat wanita akan tertawa bersama-sama denganmu, dan sembang kosong sama sekali tidak diperlukan hanya untuk tertawa.
  6. Sahabat wanita akan menolongmu keluar daripada hubungan-hubungan yang buruk.
  7. Sahabat wanita menolongmu mencarikan rumah baru, membantu mengangkat barang dan berpindah.
  8. Sahabat wanita akan membantu membuat sebuah pesta untuk anak-anakmu walaupun mereka sudah bernikah atau memiliki anak, mana satu yang lebih dahulu terjadi.
  9. Sahabat wanita akan selalu berada disampingmu dalam suka ataupun duka.
  10. Sahabat wanita akan menempuhi badai, ribut ataupun taufan semata-mata untuk mengeluarkanmu daripada putus asa.
  11. Sahabat wanita akan mendengarkan ketika kau kehilangan pekerjaan ataupun kawan.
  12. Sahabat wanita akan sedia mendengar jika anakmu mengecewakanmu.
  13. Sahabat wanita akan menangis bersamamu ketika orang yang kamu kasihi meninggal.
  14. Sahabat wanita akan menghiburkanmu ketika kamu dalam kekecewaan.
  15. Sahabat wanita akan membantumu untuk bangun kembali setelah suamimu pergi meninggalkanmu.
  16. Sahabat wanita senang melihat melihatmu bahagia dan bersedia mencari serta melemparkan apa yang tidak membuatmu bahagia.

Waktu berlalu untuk Farah.. Kehidupan masih berjalan.. Jarak memisahkan.. Anak-anak yang dia miliki sudah meningkat dewasa.. Cinta yang ada hilang dan pergi.. Hati yang hancur.. Pekerjaan berganti.. Orang yang dikasihi sudah meninggalkan dia.. Rakan-rakan melupakan kebaikan..

TETAPI..

Sahabat-sahabat wanita terus mendampinginya, meskipun waktu dan jarak yang terpaut sangatlah jauh, sahabat wanita tidak akan lebih jauh dari orang-orang yang memerlukan..



RENUNGAN

Itulah kisahnya.
Jadi yang kita ni, muda lagikan?
Sama-samalah kita cari dan kumpul seberapa ramai sahabat kat dunia ni.
Tidak kisahlah lelaki ataupun perempuan.
Setiap orang ada kelebihan masing-masing.
Jadi, tepuk dada, tanya iman.
Thanks to all my friends.
Sekian dari Mr.S :)

May ALLAH bless us.

Assalamualaikum =)

Thursday 2 February 2012

Tips 5 : Kenali Wanita


Assalamualaikum =)

Dalam sesebuah perhubungan, persefaham antara dua pihak amatlah penting. Tidak kiralah sebagai kawan, lawan, secret admire atau apa-apa saja. Bagaimana kita nak wujudkan persefahaman itu? Ini dapat kita perhatikan melalui pelbagai sudut. Melalui persefahaman ini, keserasian antara kita menjadi lebih erat.

Salah satu sudut yang lebih mudah dan melalui pandangan mata seseorang adalah personaliti wanita tersebut. Sebelum ini, Mr.S ada kongsikan bagaimana wanita mengenali lelaki melalui warna, dan kali ini, Mr.S suka kongsikan bagaimana lelaki dapat mengenali wanita melalui cara mereka berjalan. Jadi sama-samalah kita memahami antara satu sama lain.. Hehe (^_^)v


Jalan Menunduk

* Wanita yang suka menunduk atau memandang bawah disifatkan sebagai orang yang memiliki sifat yang tertutup. 
* Mereka hanya akan berbual dengan dengan orang yang rapat dengan mereka dan mereka yang boleh dipercayai sahaja. 
* Wanita seperti ini biasanya sukar untuk menakluk hatinya. 
* Di samping bersifat dingin, mereka biasanya mengabaikan kehidupan bercinta. 
* Namun, jika sesiapa yang dapat menakluki hati mereka, dijamin akan mendapat kebahagiaan. 
* Ini kerana wanita seperti ini akan setia dengan pasangan mereka dan tidak akan mengkhianati lelaki yang dicintainya.


Jalan Sambil Toleh Ke Kiri Ke Kanan

* Wanita yang berjalan sambil menoleh ke kiri dan ke kanan biasanya pandai menyimpan rahsia. 
* Walaupun wanita seperti ini dianggap sombong dan tidak jujur, tetapi ramai lelaki yang berusaha menakluk hati mereka. 
* Ini kerana wanita seperti ini kononnya senang diatur dan diuruskan.


Jalan Kepala Menegak

* Jalan kepala menegak bermaksud berjalan menatap lurus ke depan. 
* Wanita seperti ini biasanya berpendirian teguh dan bukan mudah untuk menggoncangkan imannya. 
* Jangan sesekali menentang apa yang dicakapkan, kalau tidak, pasti akan ada pergaduhan kecil. 
* Jangan hairan jika wanita seperti ini hanya mahu berbual dengan orang yang berpengalaman luas sahaja.


Jalan Bergoyang

* Jalan bergoyang bermaksud berjalan dengan pergerakan badannya ke kiri dan ke kanan.
* Wanita seperti ini biasanya tidak mengambil kisah masalah yang berlaku.
* Setiap masalah yang berlaku pasti akan dianggap masalah yang kecil.
* Akan tetapi masalah tersebut perlu kebijaksanaan untuk diselesaikan.
* Sifatnya yang suka mengambil mudah menyebabkan banyak persoalan tidak dapat diselesaikan dan akan merugikan diri mereka.


Jalan Badan Menegak

* Jalan menegak bermakna berjalan tampak tegak.
* Kebanyakan wanita seperti ini bersifat tegas.
* Mereka tidak mahu urusan peribadinya dicampuri orang lain.
* Pertuturan mereka serius seperti ingin menunjukkan dia memiliki pendirian yang teguh.
* Wanita seperti sangat bertanggungjawab terhadap apa yang dilakukannya.
* Apa yang menariknya, mereka menyenangi lelaki yang berdikari tanpa memiliki sifat manja.


Jalan Berginjat

* Jalannya jika dilihat dari belakang seperti berginjat (macam spring).
* Kebiasaannya wanita seperti ini kurang jujur.
* Ketika berbual, perkataan yang sering keluar dari mulut mereka cenderung menyinggung perasaan orang lain.
* Mereka juga terkenal dengan sifat ego nya.
* Namun janganlah risau, wanita seperti ini akan menjadi pujaan ramai dengan wajah mereka yang menarik.


Jalan Macam Zirafah

* Jalan seperti zarafah bermaksud ketika melangkah kaki, badannya kelihatan bergerak ke depan dan ke belakang.
* Wanita jenis ini sangat sensitif.
* Mereka mudah terasa apa lagi tersinggung.
* Jadi sesiapa yang berbual dengan wanita seperti ini, jagalah perasaan mereka kerana mereka mudah mengalirkan air mata.


Sekarang kita sudah mengenali wanita itu. Jadinya, sama-samalah kita menjaga perhubungan antara kita agar tiada pihak yang termakan hati. Kepada yang cepat touching tu, janganlah kita menggugat hati mereka. Kesian Mr.S tengok. Siapa hendak pujuk mereka nanti? HAHA =D 

So pandai-pandailah korg fikirkan okey. Sesungguhnya yang baik itu datang daripada ALLAH dan yang buruk itu datang daripada ALLAH juga atas keLEMAHan diri kita.

 Sekian sahaja daripada Mr.S, GoodLuck semua ^_^


May Allah bless us

Assalamualaikum =D

Wednesday 1 February 2012

Mr.S Pun Ada Hati Jugak Ke?


Assalamualaikum =)

Hye everyone! How your day? Best tak??
Ke ade yang terjatuh tangga, haha...
Kalau kita share-share hari kita apa salahnye kan...
Mr.S harap korg semua bahagia dan selalu senyum lah ye...
Hehe =)

Untuk kali ni, Mr.S suka untuk share tentang HATI...
Mesti majority kaitkan hati dengan cinta kan??
Memang pun Mr.S nak tulis tentang tu..
Tentang hati Mr.S..
Saje-saje nak berjiwang kejap ^_^v

Setiap manusia ada hati dan perasaan..
Mustahil kalau ade yang tak ade..
Kalau ade jugak, maybe dia seorang yang sangat dan teramatlah baik..
Tapi orang baik pun ade perasaan jugak kan..
Mungkin dia ade sbb lain kot..

Untuk Mr.S pulak, Ya memang Mr.S ada hati..
Cuma belum nak luahkan lagi..
Mr.S rase sekarang bukan masanya lagi untuk bercinta..
Tapi hati memang membuak-buak untuk bercinta..
Hehe ^_^

Siapa orang tu???
Hanya Mr.S je yang tahu..
Memang sekarang Mr.S tak mampu nak bercinta..
Sebabnya..
Setiap kali sukakan seseorang, mesti dia dah sukakan orang lain..
Tapi hati ni kene tahan..
Target Mr.S nak bercinta lepas degree mungkin..
InsyaALLAH! (doakanlah) =)

So Mr.S skrg nak stdy jek dulu..
Dah capai apa yg Mr.S nk, InsyaALLAH dapat apa yang Mr.S nak..
Apa yang penting, DOA..
Lepas dh doa, kene USAHA..
Dah usaha, IKHTIAR semampu mungkin..
Dan berTAWAKKALlah kepada yang 'di atas'..

Kepada korg semua, Mr.S doakan korg bahagia..
Cemerlang dunia akhirat..
Capai apa yang korg mahukan..
Dan bersama keredhaan ALLAH =)




* I Dedicate This Video To A Person That I Keep Silently!!




May ALLAH bless us

Assalamualaikum =)

Wordless Wednesday 1

Bermulanya Ceritera Mr.S

Assalamualaikum =)

Kat sini Mr.S nak ceritakan bagaimana kehidupan Mr.S bermula.
Harapnya korg enjoy lah ye =)

Let's Check It Out ^_^



Dengan adanya account google, Mr.S terus meng'sign up' accountnya untuk tujuan tertentu...


Pada tarikh keramat inilah, tercetusnya revolusi Mr.S... Huhu ^_^



Pada asalnya, inilah header yang digunakan oleh Mr.S...



Kenapa sekarang lain???



Sebab Mr.S rasa mungkin yang ni lebih universal kot... HAHA =D



Setelah belajar dan mendalami dunia blogging daripada guru, pakcik dan makcik,,,



Maka tertubuhnya print screen ini...



Dengan ilham yang tiba-tiba turun, jadilah 'perkataan' ni... Fuhh~





Setelah Mr.S merenung lama-lama, mencari-cari matlamat Mr.S...





Terjumpa juga dua matlamat Mr.S... :)





Bersama mengingati dan kenali yang 'berada di atas'...





Dan berkongsi-kongsi ilmu.. Hehe =D


SO



'Enjoy'kan lah diri korg membelek-belek blog Mr.S ye =)


Sekian sahaja dari Mr.S..
Harap semua sudi men'jenguk' blog ini ya..
Yang baik tu amik lah, yang jahat tu korg buat tak tahu sudah..
HAHA ^_^

May ALLAH bless us


Assalamualaikum =D