Blogger Widgets
Selamat Datang Ke Laman Mr.S... Semoga Anda Bergembira Dalam Melayari Blog ini... Jangan lupa Follow, Like, Share Dan Comment ye!! ^_^ Terima Kasih!!!

Thursday 2 February 2012

Tips 5 : Kenali Wanita


Assalamualaikum =)

Dalam sesebuah perhubungan, persefaham antara dua pihak amatlah penting. Tidak kiralah sebagai kawan, lawan, secret admire atau apa-apa saja. Bagaimana kita nak wujudkan persefahaman itu? Ini dapat kita perhatikan melalui pelbagai sudut. Melalui persefahaman ini, keserasian antara kita menjadi lebih erat.

Salah satu sudut yang lebih mudah dan melalui pandangan mata seseorang adalah personaliti wanita tersebut. Sebelum ini, Mr.S ada kongsikan bagaimana wanita mengenali lelaki melalui warna, dan kali ini, Mr.S suka kongsikan bagaimana lelaki dapat mengenali wanita melalui cara mereka berjalan. Jadi sama-samalah kita memahami antara satu sama lain.. Hehe (^_^)v


Jalan Menunduk

* Wanita yang suka menunduk atau memandang bawah disifatkan sebagai orang yang memiliki sifat yang tertutup. 
* Mereka hanya akan berbual dengan dengan orang yang rapat dengan mereka dan mereka yang boleh dipercayai sahaja. 
* Wanita seperti ini biasanya sukar untuk menakluk hatinya. 
* Di samping bersifat dingin, mereka biasanya mengabaikan kehidupan bercinta. 
* Namun, jika sesiapa yang dapat menakluki hati mereka, dijamin akan mendapat kebahagiaan. 
* Ini kerana wanita seperti ini akan setia dengan pasangan mereka dan tidak akan mengkhianati lelaki yang dicintainya.


Jalan Sambil Toleh Ke Kiri Ke Kanan

* Wanita yang berjalan sambil menoleh ke kiri dan ke kanan biasanya pandai menyimpan rahsia. 
* Walaupun wanita seperti ini dianggap sombong dan tidak jujur, tetapi ramai lelaki yang berusaha menakluk hati mereka. 
* Ini kerana wanita seperti ini kononnya senang diatur dan diuruskan.


Jalan Kepala Menegak

* Jalan kepala menegak bermaksud berjalan menatap lurus ke depan. 
* Wanita seperti ini biasanya berpendirian teguh dan bukan mudah untuk menggoncangkan imannya. 
* Jangan sesekali menentang apa yang dicakapkan, kalau tidak, pasti akan ada pergaduhan kecil. 
* Jangan hairan jika wanita seperti ini hanya mahu berbual dengan orang yang berpengalaman luas sahaja.


Jalan Bergoyang

* Jalan bergoyang bermaksud berjalan dengan pergerakan badannya ke kiri dan ke kanan.
* Wanita seperti ini biasanya tidak mengambil kisah masalah yang berlaku.
* Setiap masalah yang berlaku pasti akan dianggap masalah yang kecil.
* Akan tetapi masalah tersebut perlu kebijaksanaan untuk diselesaikan.
* Sifatnya yang suka mengambil mudah menyebabkan banyak persoalan tidak dapat diselesaikan dan akan merugikan diri mereka.


Jalan Badan Menegak

* Jalan menegak bermakna berjalan tampak tegak.
* Kebanyakan wanita seperti ini bersifat tegas.
* Mereka tidak mahu urusan peribadinya dicampuri orang lain.
* Pertuturan mereka serius seperti ingin menunjukkan dia memiliki pendirian yang teguh.
* Wanita seperti sangat bertanggungjawab terhadap apa yang dilakukannya.
* Apa yang menariknya, mereka menyenangi lelaki yang berdikari tanpa memiliki sifat manja.


Jalan Berginjat

* Jalannya jika dilihat dari belakang seperti berginjat (macam spring).
* Kebiasaannya wanita seperti ini kurang jujur.
* Ketika berbual, perkataan yang sering keluar dari mulut mereka cenderung menyinggung perasaan orang lain.
* Mereka juga terkenal dengan sifat ego nya.
* Namun janganlah risau, wanita seperti ini akan menjadi pujaan ramai dengan wajah mereka yang menarik.


Jalan Macam Zirafah

* Jalan seperti zarafah bermaksud ketika melangkah kaki, badannya kelihatan bergerak ke depan dan ke belakang.
* Wanita jenis ini sangat sensitif.
* Mereka mudah terasa apa lagi tersinggung.
* Jadi sesiapa yang berbual dengan wanita seperti ini, jagalah perasaan mereka kerana mereka mudah mengalirkan air mata.


Sekarang kita sudah mengenali wanita itu. Jadinya, sama-samalah kita menjaga perhubungan antara kita agar tiada pihak yang termakan hati. Kepada yang cepat touching tu, janganlah kita menggugat hati mereka. Kesian Mr.S tengok. Siapa hendak pujuk mereka nanti? HAHA =D 

So pandai-pandailah korg fikirkan okey. Sesungguhnya yang baik itu datang daripada ALLAH dan yang buruk itu datang daripada ALLAH juga atas keLEMAHan diri kita.

 Sekian sahaja daripada Mr.S, GoodLuck semua ^_^


May Allah bless us

Assalamualaikum =D

1 comment: