Blogger Widgets
Selamat Datang Ke Laman Mr.S... Semoga Anda Bergembira Dalam Melayari Blog ini... Jangan lupa Follow, Like, Share Dan Comment ye!! ^_^ Terima Kasih!!!

Tuesday 31 January 2012

Tips 4 : Kenali Lelaki


Assalamualaikum =)

Dalam menjejakkan kaki ke alaf 2020 ini, semakin ramai gadis yang ingin dan telah berpasangan dengan insan yang bergelar lelaki. Tidak kiralah mereka sebagai pasangan kekasih, tunang mahupun suami. 

Ramai yang kata lelaki ini semuanya sama. Banyak jugak Mr.S dengar macam tu. Sampaikan ada yang kata lelaki semuanya tidak guna. Oupts sorry, lelaki bukan semuanya sama ye!

Jika dipandang dari aspek luaran, sememangnya ada persamaan antara mereka. Tapi dalaman mereka, siapa tahu kan? Melainkan kalau korg dah betul-betul rapat dan mengenali si lelaki tersebut. 

Baiklah! Dalam tips sebelum ini, Mr.S ada kongsikan bagaimana kita hendak mengenali diri kita. Tapi kali ini, Mr.S nak sharekan dekat korg semua terutamanya gurls, macam mana hendak mengenali lelaki melalui WARNA :)



UNGU
Mereka seorang yang kuat memburu kejayaan. Lebih banyak perkara yang positive berbanding negetive dalam pemikiran. Minda mereka lebih banyak untuk kecemelangan daripada kegatalan. Oleh sebab itu, janganlah si gurl berasa was-was kalau dia berjauhan dengan anda ye!

BIRU
Mereka seorang yang rajin dan amat berdedikasi. Kepada gurls, dinasihatkan untuk memberi ransangan kepada mereka dalam kerjaya. Tetapi jangan terlampau mencurigai mereka kerana ia membuatkan mereka berasa bosan dan marah.

MERAH
Mereka seorang yang berani, bersemangat dan istilah gagal dalam hidup merupakan sesuatu yang tidak betul. Janganlah terlalu mencabar emosi mereka, nanti mereka berani membuat sesuatu yang berada di luar batas pemikiran korg.

HIJAU
Mereka seorang yang tenang dan tidak banyak kerenah sangat. Akan tetapi, mereka seorang yang kuat cemburu tetapi baik hati serta romantic. Janganlah selalu menggoda mereka wahai gurls sekalian kerana mereka mudah gagal mengawal perasaan. Dan lagi satu, jangan cepat cemburu atau berasa was-was dengan mereka kerana kadang-kadang mereka hanya suka-suka tetapi hatinya tetap pada korg.

KUNING
Mereka sangat ceria. Mereka sentiasa berbaik sangka dan tidak suka bergaduh. Janganlah buat mereka ini marah kerana jika dia berasa marah, cinta korg akan pergi. Kepada yang telah memiliki lelaki yang seperti ini,  tahan hati dan perasaan korg ketika berurusan dengan mereka sebab sikap cerianya itu buleh mengundang cinta orang ketiga.

HITAM
Mereka seorang yang sangat protokol (boleh jadi biro protokol =D) tetapi seorang yang sangat emosianal dan mudah mengalirkan air mata. Mereka seorang yang jujur, so janganlah mencurigai mereka.

PUTIH
Mereka seorang yang amanah. Amat beruntung bagi sesiapa yang memiliki lelaki seperti ini. Sebab mereka dengan semulajadinya seorang yang boleh diharap dan amatlah penyayang. So kepada gurls, janganlah menyakitkan hati mereka.

COKLAT
Mereka seorang yang matang dan bertanggungjawab. Layak menjadi suami yang baik kerana sifat tanggungjawabnya itu. So kepada gurls, jangan sia-siakan peluang ini.



Haa macam mana? Okey tak dengan personaliti pasangan korg tu. Kalau macam Mr.S, Mr.S suka colour biru, putih, hijau, coklat, hitam, ungu, kuning dengan merah. Wah macam mana tu? HAHA =D So pandai-pandai lah korg nilai sendiri ya. Ini hanyalah pandangan mata kasar je, tepuk dada, tanya hati.





May ALLAH bless us

Assalamualaikum =)

Monday 30 January 2012

Betapa Miskinnya Diri Kita



Assalamualaikum =)

Suatu hari, seorang ayah dari keluarga yang sangat bahagia dan sejahtera membawa anaknya ke sebuah negeri yang mana keseluruhan daripada penduduk negeri itu kehidupan mereka hanyalah dari hasil pertanian. Dengan niat seorang ayah yang ingin menunjukkan kepada anaknya itu bagaimana kehidupan orang-orang miskin kepada anaknya, beliau sanggup menghabiskan masa dan wangnya untuk sampai ke negeri itu.

Mereka menghabiskan waktu seharian di sebuah tanah pertanian milik sebuah keluarga yang sangat miskin. Sang ayah ingin anaknya mempelajari sesuatu daripada perjalanan mereka itu. Setelah sekian lama mereka berjalan ke sana ke mari, si ayah pun bertanya kepada anaknya.

Ayah     : " Luqman, penat berjalan? "
Luqman : " Penat ayah. Jauh kita berjalan. Besar sangat tempat ni. "
Ayah     : " Bagaimana perjalanan kita? "
Luqman : " Sungguh luar biasa ayah. "
Ayah     : " Kamu dapat lihatkan bagaimana kehidupan orang yang miskin? "
Luqman : " Dapat ayah. Banyak yang Luqman dapat tadi. "
Ayah     : " Wah bagus lah. Jadi, apa yang kamu dapat pelajari dari perjalanan ini? "
Luqman : " Saya melihat kenyataan bahawa.........
  1. Kita hanya mempunyai seekor haiwan peliharaan sedangkan mereka memiliki 5 ekor haiwan peliharaan.
  2. Kita memiliki sebuah kolam yang seluas kolam renang tetapi mereka mempunyai sungai kecil yang tidak terkira panjangnya.
  3. Jika kita hendak makan, kita perlu membeli makanan tersebut sedangkan mereka menanam sendiri makanan mereka itu.
  4. Kita memasang lampu taman yang dibeli di luar negara tetapi mereka memiliki bintang-bintang dilangit untuk menerangi taman-taman mereka.
  5. Kita mempunyai beranda yang hanya mencapai halaman depan sedangkan milik mereka seluas padang pasir.
  6. Kita tinggal dan hidup di tanah yang sempit tetapi tanah mereka seluas mata memandang.
  7. Kita mempunyai pelayan yang melayani setiap keperluan yang kita mahukan sedangkan mereka mampu melayani diri mereka sendiri.
  8. Kita mempunyai dinding indah yang melindungi diri kita dan mereka mempunyai teman-teman untuk menjaga hidup mereka.
                  Itulah yang Luqman dapat dari perjalanan kita tadi. "


Dengan penjelasan si anak tersebut, sang ayah hanya berdiam diri sambil mengesat air matanya. Beliau tidak mampu untuk berkata-kata lagi.

Luqman : "Terima kasih ayah, akhirnya Luqman tahu Betapa Miskinnya Diri Kita! "



RENUNGAN

Sahabat, Ingatlah, ada yang lebih susah daripada kita.
Jangan kita bongkak atau takbur dengan nikmat yang ada.
Bersyukurlah!
Kerana setiap sesuatu ada hikmahnya.
* Peringatan untuk Mr.S dan sahabat-sahabat =)

May ALLAH bless us!

Assalamualaikum ^_^

Tips 3 : Kenali Diri



Assalamualaikum =)

Apa kabar semua? Sihat tak? Hope semua sihat lah ya. Erm kali ni Mr.S nak bagi korg satu game yang agak menarik jugak laa. Kita main lukis-lukis okey? =) Game ni Mr.S dapat daripada Madam Hanani masa program LDK semalam ( 29 January 2012). Beliau dapat daripada sebuah program motivasi yang dikendalikan oleh seorang pakar motivasi yang terkemuka ( Mr.S terlupa nama dy ). 

Apa yang korg kene sediakan adalah :
A piece of paper


Pens or Pencils
              

Okey kita mulakan game kita ae. Korg semua ikut jek tapi suka hati korg laa nak buat macam mana. Jangan sampai tertinggal steps plak. Haha (^_^) Lukiskan PEMANDANGAN yang menarik =)

Step-step nya adalah :
  1. Atas kertas yang ada tadi, korg lukiskan sebuah rumah.
  2. Selepas itu, lukiskan gunung-ganang or bukit-bukau.
  3. Sudah siap, lukiskan sebatang sungai.
  4. Setelah itu, lukiskan pula seekor katak.
  5. Lukis matahari.
  6. Setelah siap, lukiskan sepohon pokok.
  7. Step ke 7, lukiskan sebatang jambatan.
  8. Seterusnya, lukiskan seekor ular.
  9. Dan yang terakhir, lukis sebuah sampan.

Dah siap?? Agak-agak menarik tak lukisan korg? Ke sama je macam korg lukis masa tadika dulu. Hee =) Okey, daripada lukisan yang korg buat tadi, sebenarnya korg telah describe diri korg sendiri. 

Macam mana boleh jadi macam tu? Ada la. Haha (^_^) Okey lah Mr.S bagitahu macam mana. Korg tengok setiap satu element yang korg dah lukiskan tadi. Check, pastikan kesumua ada. Tapi korg jangan percaya sangat coz nie adalah teknik sahaja, bukan hakikat. Okey? Dah siap, klik bawah nie. Selamat mencuba!

KLIK SINI

May ALLAH bless us.

Assalamualaikum =)

Saturday 28 January 2012

Tips 2 : Mari Bersyukur

Assalamualaikum =)

Hye everyone? Sihat tak? Moga-moga korg sihat disamping orang tersayang k. Baiklah, tips yang kedua kali ini Mr.S nak kongsi dengan korg semua macam mana kita nak melahirkan rasa syukur kita kepada Allah. Memang banyak yang boleh kita tunjukkan dalam bersyukur ini. Salah satu tanda kita bersyukur adalah Sujud Syukur.





Sujud Syukur merupakan salah satu cara yang mudah untuk kita bersyukur kepada Allah. Sujud syukur tidaklah wajib dilakukan akan tetapi ia merupakan salah satu perbuatan yang digalakkan atau mustahabb. Ia sebagai tanda berterima kasih seorang hamba kepada Allah.

Bila masa yang mengharuskan untuk sujud syukur? 
- Mendapat berita gembira. 
- Mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan. 
- Mendapat tawaran melanjutkan pelajaran. 
- Menyambut kelahiran anak. 
- Memperoleh kemenangan dalam sebarang pertandingan sukan atau peraduan. 
- Bertunang atau berkahwin. 
- Mendapat pekerjaan yang baik atau dinaikkan pangkat. 
- Menang pilihanraya. 
- Terhindar daripada bahaya. 
- Terselamat daripada kemalangan jalan raya atau kebakaran. 
- Bebas daripada fitnah yang merosakkan nama baik dan beluarga. 
- Dibebaskan daripada penjara.  
- Sembuh daripada sakit. 
- Diselamatkan daripada lemas. 
- Harta benda yang dicuri atau dirompak, ditemui kembali atau dikembalikan.
Kenapa kita perlu bersyukur? Bagaimana kalau kita lupa nak bersyukur? Mr.S pun kadang-kadang lalai dan lupa untuk bersyukur. Sebagai insan biasa, kita tidak lari dari melakukan kesilapan kan? Tapi tidak kah kita tahu, jika kita tidak bersyukur, ia akan membawa kepada kekufuran. Kerana bersyukur dan berterima kasih kepada Allah adalah kewajipan seorang mukmin. Selain itu, dengan bersyukur, Allah akan menambahkan rezeki yang kita perolehi. Allah juga akan melipat gandakan kurniaanNya kepada orang yang bersyukur.


" Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: “Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras” "
 (Surah Ibrahim : Ayat 7 )


Di sini Mr.S tunjukkan bagaimana cara-cara kita nak melakukan sujud syukur okey. So sujud syukur ni amat mudah kita lakukan kerana hanya ada 6 steps je.

1- Niat untuk melakukan sujud syukur.      
 Niat untuk sujud syukur adalah seperti ini : " Sahaja aku sujud syukur kerana Allah Taala ". 
2- Takbir.    
 Takbiratul Ihram seperti mana dalam solat. 
3- Sujud.      
 Selepas kita mengangkat takbir, kita terus bersujud.
4- Membaca zikir.    
 Lafaz zikir adalah seperti berikut:

" Sujud wajahku kepada Dia (Allah) yang menjadikannya dan membentuknya, dan menjadikan pendengarannya dan penglihatannya dengan kekuatanNya. Maha Suci Allah sebaik-baik pencipta. "
5- Bangun dari sujud.  
   Kita bangun dari sujud selepas membaca zikir tadi. Bangun seperti dalam solat selepas sujud.
6- Memberi salam.      
   Sama seperti dalam solat. 

 Sebelum terlupa, Mr.S nak terangkan juga apakah Syarat-syarat Sah semasa sujud syukur.

  • Suci daripada hadas kecil dan besar dengan berwuduk dan mandi junub atau alternatifnya.
  • Suci tubuh badan, pakaian dan tempat daripada najis.
  • Menghadap kiblat.
  • Menutup aurat.


( Inspired from Anda Bertanya, Ustaz Menjawab Mengenai Solat , Rohidzir Rais )

Mudahkan?? Jadi selepas ni kita sama-samalah memperbanyakkan lagi kesyukuran kita kepada Allah dengan mengamalkan sujud syukur ni. Ni adalah salah satu cara sahaja. Sebenarnya banyak lagi cara untuk kita bersyukur. Berdoa, bersedekah, mengucapkan Alhamdulillah, dan banyak lagi. Selamat beramal semua :)

May Allah bless us.

Assalamualaikum =)

Friday 27 January 2012

Apa Itu "COUPLE"?


Assalamualaikum =)

Daripada tajuk di atas, pasti semua sudah tahu apa yang Mr.S hendak sampaikan. Siapa yang tak nak couple kan. Mr.S pun nak jugak. Tapi sebelum ber'couple', ada syarat-syaratnya jugak. Dalam entry kali ini, Mr.S suka share sesuatu. Kenapa "COUPLE" itu haram. Nak tahu? Okey. Dalam entry ni, Mr.S letak 5 sebab kenapa benda itu haram.


1- Niat Yang Kurang Jelas
Seharusnya dalam perhubungan 'istimewa' antara lelaki dan perempuan perlu ada niat yang jelas iaitu bertujuan untuk berkahwin. Oleh sebab itu, sebarang perhubungan yang bertentangan dengan tujuan tersebut adalah tidak harus. Misalan, ber'couple' untuk berseronok, berhibur dan sebagainya. Bagi mereka yang mempunyai niat yang betul, mereka haruslah dijalan yang betul. 'NIAT TIDAK MENGHALALKAN CARA'. Ini jelas menunjukkan bahawa niat yang bertujuan pada landasannya sememangnya perlu dengan cara yang sebetulnya.


2- Membazir duit
Kebanyakan dalam perhubungan, mustahil tak keluar duit. Mesti ada punya kan? Nak belikan hadiah, topupkan 'si dia', call dan message. Semua ni memang menggunakan duit. Dari mana datangnya duit tu semua? Ibu ayah, biasiswa, PTPTN, pinjaman and apa-apa yang berkenaan dengan duit. Duit yang kita dapat tu untuk keperluan hidup kita, bukan untuk si dia. Bukankah duit yang dipinjamkan itu akan dibayar balik? Seperti PTPTN, ia adalah hutang kepada sesiapa yang memohonnya. Malahan, duit tersebut digunakan untuk pelajaran kita. Jika kita menyalahgunakan harta, ia ditegah oleh syarak. Sesungguhnya perbuatan seperti ini sama seperti boros yang mana salah satu dari amalan syaitan.


" Sesungguhnya orang-orang yang boros itu adalah saudara-saudara Syaitan, sedang Syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya." (Surah Al-Isra' : Ayat 27) 


3- Membazir Masa
Sebagai pelajar, kita sememangnya tidak terlepas dengan masa. Masa yang ada perlulah kita isi dengan benda yang berfaedah, sesuai dengan kita sebagai pelajar. Kalau masa yang ada kita bazirkan dengan 'si dia', sememangnya kita telah membazir masa semata-mata untuknya. Calling je sudah berjam-jam. Jika dibandingkan dengan hubungan dengan keluarga, berapa ratio agaknya? Hmm~ Sebagai pelajar, aim kita ialah untuk berjaya. Lumrah manusia tidak terlepas dengan kebosanan. Apa salahnya kita isi dengan betulkan? Pepatah Arab ada menyebut, " Waktu laksana pedang, jika kamu tidak memanfaatkannya maka ia akan menebasmu. " 


4- Melanggar Syariat Agama
Apa itu 'dating'? Ber'shopping'? Tengok wayang sama-sama? Bagi sesiapa yang ber'couple', mereka tidak akan terlepas dengan ini semua. Mesti keinginan untuk melakukan semua itu ada. Bukan itu sahaja, panggilan 'syg','bee','honey' sanggup diluahkan. Bukan kah kalau kita melafazkan sayang pada bukan muhrim, Allah akan mengurangkan kasih sayangNya? Semua kata-kata yang tidak wajar akan menyebabkan pergaulan bebas antara mereka. Jadi semua ini telah bertentangan dengan syariat Islam. Apabila syariat Islam mengharamkan sesuatu perkara, perkara yang menuju kepada perkara yang diharamkan itu juga akan menjadi haram.

5- Terjatuhnya Maruah Seorang Wanita
Bagaimana dikatakan maruah wanita akan terjatuh? Kali ni Mr.S menjurus kepada wanita (maaf kalau terasa hati ). Pernah tak kita lihat orang ber'couple' jalan di mall? Apa yang kita rasa? Mengikut pengalaman Mr.S, setiap kali ternampak 'pemandangan' macam tu, terdetik dalam hati, " Macam mana lah gurl tu senang-senang jek biarkan boy tu pergi jalan-jalan sambil pegang dia? ". Yang itu baru Mr.S, kalau yang tengoknya 1000 orang? Wallahua'lam. Tanggapan-tanggapan yang negetive sebegini akan membuatkan semua orang tertanya-tanya dan bertanya. Maka akan timbul lah cerita-cerita palsu dan tohmahan yang tidak diingini. Bukan dilemparkan pada lelaki tersebut, tetapi kepada wanita. Betapa mudahnya maruah seorang wanita tercalar. Penjagaan maruah seorang wanita amat dititikberatkan dalam Islam. 

" Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan) "  ( Surah Al-Isra' : Ayat 32 )



Kesimpulannya, kena ingat, Islam tidak menolak sepenuhnya perkara kat atas ni. Memang Islam tidak menghalang budaya ber'couple' ini, tapi kita perlu patuhi beberapa syarat tersebut. Jika kita gagal memenuhi syarat-syarat ni, maka terjatuhlah hukum haram. Makin dekat kita dengan dosa, makin jauh kita dengan Yang Esa. Memang betul, bercouple tidak salah, tapi adakah kita mampu untuk memelihara perkara di atas??? Berfikirlah!






RENUNGAN

Haa. Korg semua dah baca belum atas tu?
So apa yang korg rasa? Nak 'COUPLE' tak?
Jom, tapi kita couple lepas kawin je la ye.
Baru best kot.
Hehe ^_^

May ALLAH bless us.

Assalamualaikum =)

Rahmat Seiring Keikhlasan



Assalamualaikum =)

Pada suatu masa dahulu, terdapat tiga pemuda yang beriman tersesat dan terpaksa berteduh di dalam sebuah gua. Malang yang tidak berbau, selesai sahaja mereka bertiga menjejakkan kaki ke dalam gua tersebut, sebiji batu besar telah menutupi pintu gua tersebut. Ia menyebabkan mereka tidak dapat keluar daripada gua tersebut. Akhirnya mereka bersepakat untuk berdoa kepada Allah dengan berkat yang amalan ikhlas yang pernah mereka lakukan sebelum ini.

Lelaki pertama berdoa dengan menyebut amalan yang pernah beliau lakukan sebelum ini kepada kedua ibu bapanya. Selama ini, beliau tidak mengizinkan anak isterinya menjamah sebarang makanan dan minuman melainkan makanan dan minuman tersebut telah dijamah oleh kedua ibu bapanya. Pada suatu hari, beliau pulang lewat dan ibu bapanya sudah tidur. Beliau tidak mengizinkan anak isterinya menjamah makanan yang beliau bawa. Memandangkan kedua-duanya sudah tidur, mereka terpaksa menunggu sehingga mereka tersedar. Kemudian beliau mengakhiri doanya dengan berkata, " Ya Allah, jika amalanku ini aku lakukan ikhlas keranaMu, tolonglah kami dalam ujian ini. " Tiba-tiba batu yang menutupi gua tersebut terbuka sedikit.

Lelaki kedua berdoa dan mengharap kepada Allah dengan menyebutkan perbuatannya yang hampir melakukan maksiat (berzina) dengan sepupunya yang disayangi. Tetapi kerana diingatkan tentang Tuhan oleh sepupunya itu, beliau tidak melakukannnya. Perbuatannay yang meninggalkan kemaksiatan dengan penuh ikhlas itu diterima Allah lantas pintu gua terbuka sedikit lagi.

Lelaki ketiga pula berdoa dengan mengenangkan kembali perbuatannya yang menyimpan gaji salah seorang pekerjanya yang lupa mengambil gajinya itu. Kemudian beliau melaburkan wang pekerjaan pekerjanya itu sehingga wang itu bertambah banyak. Akhirnya, apabila pekerjanya datang menuntut gajinya itu, beliau memberikan semua hartanya termasuklah keuntungan yang diperolehi daripada pelaburan tersebut. Tuhan meredhai keikhlasan amalannya itu.

Lantaran itu, pintu gua itu pun terbuka seluas-luasnya dan mereka pun dapat menyelamatkan diri daripada terkurung di dalam gua itu dengan rasa penuh kesyukuran.




RENUNGAN
Sahabat, begitulah keberkatan dan rahmat yang diperoleh bagi siapa yang ikhlas.
Dari mana datang keikhlasan itu?
Daripada niat kita. 
Sebelum melakukan sesuatu, niatlah seikhlas hati kerana disitu ada keberkatan.
Dan ingatlah bersama, Allah sentiasa di samping kita dengan bantuan dan keredhaanNya ^_^

May ALLAH bless us!

 Assalamualaikum =)

Tahniah Sahabat



Assalamualaikum =)

Ape kabar semua? harap korg sihat bersama rahmat Allah.
Korg mesti tertanya-tanya kan kenape Mr.S letak picture atas nie?
Apa kaitan Mr.S dengan pic atas nie.
HAHA =D

Before that, korg ade bace tak Utusan Malaysia / Berita Harian?
Kalau tak sempat baca, Mr.S dengan senang hati share (klik berita kat atas)  untuk korg semua.
Kat situ korg akan faham segala-galanya.

Erm saje je Mr.S nak cerita kat sini.
MAAHAD JOHOR.
Salah sebuah sekolah yang pernah Mr.S melutut.
And kalau korg nak tau, salah seorang daripada muslimah kat atas nie budak sekolah Mr.S dulu.
Hehe =)

Sedia maklum, ade 8 orang yang mendapat mumtaz sofi dalam STAM 2011 lepas.
5 daripada mereka sekolah dengan Mr.S masa sekolah menengah dulu.
Nak sebut name diorang jugak ke?
Boleh je.
5- Aminah Syahirah

Menurut kajian, seramai 33 orang dapat Mumtaz (A).
Waa kire hebat laa tu seyh.
Tapi yang dapat Jayyid Jiddan (B) pon ramai jugak, 58 orang.
114 orang dapat Jayyid (C).
100 orang dapat maqbul (D) dan yang lain dapat Rasib (E).

Wah tahniah laa korg warga Maahad Johor.
Bersyukur lah dengan apa yang korg dapat k.
Kepada yang berjaya, semoga anda capai apa yang anda nak.
And kepada siapa yang kurang berjaya, ingat, gagal sekali bukan gagal selama-lamanya.
Semua nie mesti ada hikmahnya.
So korg semua kene teruskan hidup untuk lebih maju lepas ni ye =)


May ALLAH bless us.

Assalamualaikum =)

Thursday 26 January 2012

Tips 1 : Cemerlang Dengan Memberi Maaf


   

Assalamualaikum =)

Jiwa orang yang sukar memaafkan orang lain sering ditumbuhi bibit-bibit dendam. Apabila dendam berkembang dan menguasai jiwa, ketenangan dan kedamaian akan luput daripada jiwa itu. Dendam mempunyai manifestasinya. Mengikut Imam Ghazali di dalam Ihya Ulumuddin dalam bab Tercelannya Marah, Dendam dan Dengki, manifestasi itu boleh dibahagikan kepada lapan.


  1. Berhasad dengki. Kita akan bergembira apabila nikmat yang dimiliki oleh musuh kita hilang dan luput daripadanya.
  2. Berdengki secara yang bersangatan. Kita berasa bahagia apabila musuh kita mendapat musibah dan malapetaka.
  3. Memutuskan silaturahim. Kita tidak mahu menegur dan bercakap dengan musuh walaupun dia mendatangi kita.
  4. Berpaling muka. Kita tidak sudi melihat wajah musuh kita. Kita lakukannya bertujuan untuk menghinanya.
  5. Mendedahkan keburukan. Kita mengumpat, memfitnah, membuka rahsia serta bohong berkenaan musuh kita. Dengan itu, dosa kita bertambah.
  6. Mengejek. Kita meniru perbuatan serta perangai musuh kita bertujuan menghina serta menjatuhkan air mukanya.
  7. Bertindah agresif. Kita tidak mampu mengawal diri sehingga bertindak memukul dan menyakiti musuh kita.
  8. Bertindak zalim. Kita mengambil hak musuh dan tidak memberikan keadilan kepadanya. Pada masa itu kita sebenarnya sudah melakukan dosa besar.

Abu Darda' pernah ditanya berkenaan ciri-ciri manusia yang mulia. Beliau berkata, " Mereka ialah golongan yang sudi memaafkan di saat mereka berkemampuan untuk membalas dendam "

( Inspired from TIP-TIP CEMERLANG DARIPADA AL-QURAN, Dr Danial Zainal Abidin )


PESANAN!!
Sedangkan Nabi maafkan umat, apatah kita yang hanya sebagai manusia biasa.
Sama-sama lah kita bermaafan sesama kita.
Jangan tunggu masa Hari Raya okey.
May ALLAH bless us.

Assalamualaikum =)

Snow, The Cat


K.U.C.I.N.G


Assalamualaikum =)


Actually Mr.S bukan lah penggemar kucing.
Pernah satu hari tu Mr.S sampai nak bunuh kucing jiran.
Amat lah kejam kaum adam nie suatu masa dulu.
Tapi sekarang kejam jugak kot.
Cuma dah berkurangan sikit laa.
LOL =D

First time Mr.S kenal kucing mase standard six.
Mase tu ibu dia bagi nama yang agak comot sikit, Chipsmore.
Tapi sekejap jek kucing tu dapat tahan sebab, ade laa sebab nye.
Tapi kucing tu comel laa sebab tgh kecik lagi.
Sekarang dah besar, so Mr.S tak tau laa kucing tu comel ke tak.
Huhu~

Tapi yang penting Mr.S ade kucing baru.
Memang cute giler baboon.
Sampai Mr.S pon kene jadi abang.
Yelakan, Mr.S kan anak laki sorg.
So kene lah ade lelaki (actually jantan) yang temankan.
Hehe =)

Ini lah Snow mase dia 3bulan

Ni lah kucing kesayangan Mr.S sekarang.
Sebenarnya mak dia kucing parsi yang ibu Mr.S bela dulu.
Tapi ntah sape yang mengawan mak dia nie.
So terbentuklah Snow.
Tapi time nie umur Snow baru 3 bulan kot.
*kalau nak tau,tanya lah Mr.S (^_^)

Tapi sekarang Snow dah berumur 7 bulan.
Betapa cepat nya dia membesar.
Mr.S pon terkejot bile balik U, Snow dah besar.
Memang melampau betol kebesaran Snow nie.
Tapi makin dia besar, makin comel plak Mr.S tengok.

Snow mase 7bulan, tumbesaran yang mendadak

Siapalah yang bagi si Snow nie makan sampai jadi comel macam nie.
Nie mesti friskies yg Mr.S beli dulu =)
Tapi apa pun, Allah yang tentukan.
Setiap sesuatu ada kebaikan dan keburukannya kan.
And Snow nie pon ade jugak baik buruknya.
Memang banyak, tapi.......
Yang tu Mr.S share lain kali plak ae.
Hope u all enjoy with this entry k! =)

MAY ALLAH BLESS US

Assalamualaikum (^_^)

Hidup Seperti Lalang




Assalamualaikum =)

Hidup jangan jadi macam lalang. Kadang-kadang ke utara, selatan, timur, barat, tenggara, barat daya, barat laut, atau ke timur laut. Manusia macam lalang ni hidup tak menentu. Suka ikut belakang badan orang. Orang ke tandas, dia ke tandas, orang terjun, dia pun nak terjun jugak (=.=')

Manusia yang bermatlamat susah nak follow ass orang lain. Bukan susah tapi memang orang tu tak reti nak jadi macam lalang. Bukan semua manusia macam ni. Independent! Tapi lumrah kita sebagai manusia biasa memang kene sesuaikan diri kita dengan suasana masa tu.

Bukan senang kita nak sesuaikan dengan keadaan sekeliling. Sesetengah orang memang terjerat dengan benda yang positive. Misalan, dalam satu kumpulan ada seorang yang paling menonjol. Mesti ada punya. Dan kita yang tidak berpengaruh dengan apa-apa mungkin akan tertarik dengan orang tersebut. Ini yang orang kata lalang.

Lain pulak dengan sesetengah manusia yang berpendirian. Mereka bukan sombong tapi yakin dengan diri dia. Dalam hal-hal yang tertentu jek mereka akan dengan orang tu. Manusia yang macam ni boleh dianggap sebagai self-sufficient. Tapi bukan semua sempurna kan?

Jadi sama-sama lah kita jadi macam 'batu'. Walaupun batu akan hancur, tapi dia tetap dengan pendirian sendiri. Kalau tak nak jadi macam batu pun okey. Jadi diri sendiri lagi bagus. Betol tak?? Haha (^_^) Macam quotes ni,
 
TRUST YOURSELF, YOU KNOW MORE THAN YOU THINK YOU DO ! "


Assalamualaikum =)

Wednesday 25 January 2012

Allah Lebih Mengetahui

Assalamualaikum =)

Satu hari tu aku jalan-jalan kat kampung, dulu-dulu la. Memang tak tau ape-ape lagi pun mase tu. So aku redah jela semak-samun yang ada kat sana. Tiba2 aku ternampak pokok mangga. Memang tgh lapar mase tu, so dengan kudrat yang ada, aku cuba sedaya upaya panjat nak petik buah mangga tu.

Aku mengeluh, "Kenapalah pokok nie tinggi sangat? Aku nak makan pun susah,". Aku ikhtiar lagi sampai boleh aku ambil buah mangga tu. Last-last aku fedup sikit, aku biarkan je. Sebelah dengan pokok mangga tu, aku nampak buah tembikai pulak. First time aku tgk buah tembikai dengan dahan dia sekali. Aku dengan rakusnya nak pergi makan buah tu.

Tapi aku terfikir sekejap, "Haram ke kalau aku makan buah ni?". Aku pun duduk dekat bawah pokok mangga tadi sebab aku memang suka mangga. Aku cakap sorang-sorang, "Kenapalah tembikai yang susah nak makan (kulit keras) tumbuh dekat bawah padahal mangga yang senang nak makan tumbuh dekat atas? Bukan lagi okey ke kalau Allah letak buah mangga dekat bawah, buah tembikai dekat atas?". 

Masa tengah fikir-fikir tu, ada satu buah mangga yang dah rosak terjatuh atas kepala aku. Selamat buah mangga yang jatuh atas kepala, bukan buah tembikai. Kalau lah apa yang aku cakap tadi tu betul2 terjadi, mungkin aku masuk wad masa tu kot. So baru sekarang aku sedar, betapa Allah lebih mengetahui apa yang dia ciptakan.





RENUNGAN
Sahabat, janganlah kita mengeluh tentang apa yang telah Allah ciptakan diatas muka bumi ini. Jangan pernah  rasa yang Allah tidak berlaku adil kepada kita. Kita kena ingat setiap sesuatu yang terjadi pasti ada hikmahnya. Jadi bersyukurlah dengan apa yang ada. Berdoa,Usaha,Ikhtiar dan bertawakkal lah dengan apa yang kita hajatkan, InsyaAllah kita dijalan yang benar ^_^


May ALLAH bless us.

Assalamualaikum =)

Akulah Syaer

Assalamualaikum =)

Sebelum nak story morry tentang diri Syaer,
Apakah lebih okey kalau share serangkap pantun.
Cuba try faham ae ^_^
Cegitu cegini awak suke
Awak suke kite cerie
Esok luse hari raye
Cuba teka saya org ape?
" (^.^)




Siapakah kita kalau bukan hamba ALLAH.. Ya memang betul.
Sejak azali dia telah diberi nama yang agak sedap jugak, Muhammad Syahir.
Dia juga dikenali sebagai Mr. S (Ace not Ass) dalam blog ni.
Anak adam ini telah dilahirkan di Tanah Melayu yang maju pada masa itu.
Tapi sekarang dia dah besar dah, bukan underage lagi :)
And kalau korg nak kenal dia lebih dekat lagi,
Jom add dia dalam facebook :)


Dan follow lah dia dalam twitter nya :)


Harap korg enjoy dengan cerita and post yang ade okey.
Have a nice day u all ~

Assalamualaikum :)