Blogger Widgets
Selamat Datang Ke Laman Mr.S... Semoga Anda Bergembira Dalam Melayari Blog ini... Jangan lupa Follow, Like, Share Dan Comment ye!! ^_^ Terima Kasih!!!

Friday 27 January 2012

Rahmat Seiring Keikhlasan



Assalamualaikum =)

Pada suatu masa dahulu, terdapat tiga pemuda yang beriman tersesat dan terpaksa berteduh di dalam sebuah gua. Malang yang tidak berbau, selesai sahaja mereka bertiga menjejakkan kaki ke dalam gua tersebut, sebiji batu besar telah menutupi pintu gua tersebut. Ia menyebabkan mereka tidak dapat keluar daripada gua tersebut. Akhirnya mereka bersepakat untuk berdoa kepada Allah dengan berkat yang amalan ikhlas yang pernah mereka lakukan sebelum ini.

Lelaki pertama berdoa dengan menyebut amalan yang pernah beliau lakukan sebelum ini kepada kedua ibu bapanya. Selama ini, beliau tidak mengizinkan anak isterinya menjamah sebarang makanan dan minuman melainkan makanan dan minuman tersebut telah dijamah oleh kedua ibu bapanya. Pada suatu hari, beliau pulang lewat dan ibu bapanya sudah tidur. Beliau tidak mengizinkan anak isterinya menjamah makanan yang beliau bawa. Memandangkan kedua-duanya sudah tidur, mereka terpaksa menunggu sehingga mereka tersedar. Kemudian beliau mengakhiri doanya dengan berkata, " Ya Allah, jika amalanku ini aku lakukan ikhlas keranaMu, tolonglah kami dalam ujian ini. " Tiba-tiba batu yang menutupi gua tersebut terbuka sedikit.

Lelaki kedua berdoa dan mengharap kepada Allah dengan menyebutkan perbuatannya yang hampir melakukan maksiat (berzina) dengan sepupunya yang disayangi. Tetapi kerana diingatkan tentang Tuhan oleh sepupunya itu, beliau tidak melakukannnya. Perbuatannay yang meninggalkan kemaksiatan dengan penuh ikhlas itu diterima Allah lantas pintu gua terbuka sedikit lagi.

Lelaki ketiga pula berdoa dengan mengenangkan kembali perbuatannya yang menyimpan gaji salah seorang pekerjanya yang lupa mengambil gajinya itu. Kemudian beliau melaburkan wang pekerjaan pekerjanya itu sehingga wang itu bertambah banyak. Akhirnya, apabila pekerjanya datang menuntut gajinya itu, beliau memberikan semua hartanya termasuklah keuntungan yang diperolehi daripada pelaburan tersebut. Tuhan meredhai keikhlasan amalannya itu.

Lantaran itu, pintu gua itu pun terbuka seluas-luasnya dan mereka pun dapat menyelamatkan diri daripada terkurung di dalam gua itu dengan rasa penuh kesyukuran.




RENUNGAN
Sahabat, begitulah keberkatan dan rahmat yang diperoleh bagi siapa yang ikhlas.
Dari mana datang keikhlasan itu?
Daripada niat kita. 
Sebelum melakukan sesuatu, niatlah seikhlas hati kerana disitu ada keberkatan.
Dan ingatlah bersama, Allah sentiasa di samping kita dengan bantuan dan keredhaanNya ^_^

May ALLAH bless us!

 Assalamualaikum =)

No comments:

Post a Comment