Blogger Widgets
Selamat Datang Ke Laman Mr.S... Semoga Anda Bergembira Dalam Melayari Blog ini... Jangan lupa Follow, Like, Share Dan Comment ye!! ^_^ Terima Kasih!!!

Tuesday 31 January 2012

Tips 4 : Kenali Lelaki


Assalamualaikum =)

Dalam menjejakkan kaki ke alaf 2020 ini, semakin ramai gadis yang ingin dan telah berpasangan dengan insan yang bergelar lelaki. Tidak kiralah mereka sebagai pasangan kekasih, tunang mahupun suami. 

Ramai yang kata lelaki ini semuanya sama. Banyak jugak Mr.S dengar macam tu. Sampaikan ada yang kata lelaki semuanya tidak guna. Oupts sorry, lelaki bukan semuanya sama ye!

Jika dipandang dari aspek luaran, sememangnya ada persamaan antara mereka. Tapi dalaman mereka, siapa tahu kan? Melainkan kalau korg dah betul-betul rapat dan mengenali si lelaki tersebut. 

Baiklah! Dalam tips sebelum ini, Mr.S ada kongsikan bagaimana kita hendak mengenali diri kita. Tapi kali ini, Mr.S nak sharekan dekat korg semua terutamanya gurls, macam mana hendak mengenali lelaki melalui WARNA :)



UNGU
Mereka seorang yang kuat memburu kejayaan. Lebih banyak perkara yang positive berbanding negetive dalam pemikiran. Minda mereka lebih banyak untuk kecemelangan daripada kegatalan. Oleh sebab itu, janganlah si gurl berasa was-was kalau dia berjauhan dengan anda ye!

BIRU
Mereka seorang yang rajin dan amat berdedikasi. Kepada gurls, dinasihatkan untuk memberi ransangan kepada mereka dalam kerjaya. Tetapi jangan terlampau mencurigai mereka kerana ia membuatkan mereka berasa bosan dan marah.

MERAH
Mereka seorang yang berani, bersemangat dan istilah gagal dalam hidup merupakan sesuatu yang tidak betul. Janganlah terlalu mencabar emosi mereka, nanti mereka berani membuat sesuatu yang berada di luar batas pemikiran korg.

HIJAU
Mereka seorang yang tenang dan tidak banyak kerenah sangat. Akan tetapi, mereka seorang yang kuat cemburu tetapi baik hati serta romantic. Janganlah selalu menggoda mereka wahai gurls sekalian kerana mereka mudah gagal mengawal perasaan. Dan lagi satu, jangan cepat cemburu atau berasa was-was dengan mereka kerana kadang-kadang mereka hanya suka-suka tetapi hatinya tetap pada korg.

KUNING
Mereka sangat ceria. Mereka sentiasa berbaik sangka dan tidak suka bergaduh. Janganlah buat mereka ini marah kerana jika dia berasa marah, cinta korg akan pergi. Kepada yang telah memiliki lelaki yang seperti ini,  tahan hati dan perasaan korg ketika berurusan dengan mereka sebab sikap cerianya itu buleh mengundang cinta orang ketiga.

HITAM
Mereka seorang yang sangat protokol (boleh jadi biro protokol =D) tetapi seorang yang sangat emosianal dan mudah mengalirkan air mata. Mereka seorang yang jujur, so janganlah mencurigai mereka.

PUTIH
Mereka seorang yang amanah. Amat beruntung bagi sesiapa yang memiliki lelaki seperti ini. Sebab mereka dengan semulajadinya seorang yang boleh diharap dan amatlah penyayang. So kepada gurls, janganlah menyakitkan hati mereka.

COKLAT
Mereka seorang yang matang dan bertanggungjawab. Layak menjadi suami yang baik kerana sifat tanggungjawabnya itu. So kepada gurls, jangan sia-siakan peluang ini.



Haa macam mana? Okey tak dengan personaliti pasangan korg tu. Kalau macam Mr.S, Mr.S suka colour biru, putih, hijau, coklat, hitam, ungu, kuning dengan merah. Wah macam mana tu? HAHA =D So pandai-pandai lah korg nilai sendiri ya. Ini hanyalah pandangan mata kasar je, tepuk dada, tanya hati.





May ALLAH bless us

Assalamualaikum =)

No comments:

Post a Comment