Blogger Widgets
Selamat Datang Ke Laman Mr.S... Semoga Anda Bergembira Dalam Melayari Blog ini... Jangan lupa Follow, Like, Share Dan Comment ye!! ^_^ Terima Kasih!!!

Friday 27 January 2012

Apa Itu "COUPLE"?


Assalamualaikum =)

Daripada tajuk di atas, pasti semua sudah tahu apa yang Mr.S hendak sampaikan. Siapa yang tak nak couple kan. Mr.S pun nak jugak. Tapi sebelum ber'couple', ada syarat-syaratnya jugak. Dalam entry kali ini, Mr.S suka share sesuatu. Kenapa "COUPLE" itu haram. Nak tahu? Okey. Dalam entry ni, Mr.S letak 5 sebab kenapa benda itu haram.


1- Niat Yang Kurang Jelas
Seharusnya dalam perhubungan 'istimewa' antara lelaki dan perempuan perlu ada niat yang jelas iaitu bertujuan untuk berkahwin. Oleh sebab itu, sebarang perhubungan yang bertentangan dengan tujuan tersebut adalah tidak harus. Misalan, ber'couple' untuk berseronok, berhibur dan sebagainya. Bagi mereka yang mempunyai niat yang betul, mereka haruslah dijalan yang betul. 'NIAT TIDAK MENGHALALKAN CARA'. Ini jelas menunjukkan bahawa niat yang bertujuan pada landasannya sememangnya perlu dengan cara yang sebetulnya.


2- Membazir duit
Kebanyakan dalam perhubungan, mustahil tak keluar duit. Mesti ada punya kan? Nak belikan hadiah, topupkan 'si dia', call dan message. Semua ni memang menggunakan duit. Dari mana datangnya duit tu semua? Ibu ayah, biasiswa, PTPTN, pinjaman and apa-apa yang berkenaan dengan duit. Duit yang kita dapat tu untuk keperluan hidup kita, bukan untuk si dia. Bukankah duit yang dipinjamkan itu akan dibayar balik? Seperti PTPTN, ia adalah hutang kepada sesiapa yang memohonnya. Malahan, duit tersebut digunakan untuk pelajaran kita. Jika kita menyalahgunakan harta, ia ditegah oleh syarak. Sesungguhnya perbuatan seperti ini sama seperti boros yang mana salah satu dari amalan syaitan.


" Sesungguhnya orang-orang yang boros itu adalah saudara-saudara Syaitan, sedang Syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya." (Surah Al-Isra' : Ayat 27) 


3- Membazir Masa
Sebagai pelajar, kita sememangnya tidak terlepas dengan masa. Masa yang ada perlulah kita isi dengan benda yang berfaedah, sesuai dengan kita sebagai pelajar. Kalau masa yang ada kita bazirkan dengan 'si dia', sememangnya kita telah membazir masa semata-mata untuknya. Calling je sudah berjam-jam. Jika dibandingkan dengan hubungan dengan keluarga, berapa ratio agaknya? Hmm~ Sebagai pelajar, aim kita ialah untuk berjaya. Lumrah manusia tidak terlepas dengan kebosanan. Apa salahnya kita isi dengan betulkan? Pepatah Arab ada menyebut, " Waktu laksana pedang, jika kamu tidak memanfaatkannya maka ia akan menebasmu. " 


4- Melanggar Syariat Agama
Apa itu 'dating'? Ber'shopping'? Tengok wayang sama-sama? Bagi sesiapa yang ber'couple', mereka tidak akan terlepas dengan ini semua. Mesti keinginan untuk melakukan semua itu ada. Bukan itu sahaja, panggilan 'syg','bee','honey' sanggup diluahkan. Bukan kah kalau kita melafazkan sayang pada bukan muhrim, Allah akan mengurangkan kasih sayangNya? Semua kata-kata yang tidak wajar akan menyebabkan pergaulan bebas antara mereka. Jadi semua ini telah bertentangan dengan syariat Islam. Apabila syariat Islam mengharamkan sesuatu perkara, perkara yang menuju kepada perkara yang diharamkan itu juga akan menjadi haram.

5- Terjatuhnya Maruah Seorang Wanita
Bagaimana dikatakan maruah wanita akan terjatuh? Kali ni Mr.S menjurus kepada wanita (maaf kalau terasa hati ). Pernah tak kita lihat orang ber'couple' jalan di mall? Apa yang kita rasa? Mengikut pengalaman Mr.S, setiap kali ternampak 'pemandangan' macam tu, terdetik dalam hati, " Macam mana lah gurl tu senang-senang jek biarkan boy tu pergi jalan-jalan sambil pegang dia? ". Yang itu baru Mr.S, kalau yang tengoknya 1000 orang? Wallahua'lam. Tanggapan-tanggapan yang negetive sebegini akan membuatkan semua orang tertanya-tanya dan bertanya. Maka akan timbul lah cerita-cerita palsu dan tohmahan yang tidak diingini. Bukan dilemparkan pada lelaki tersebut, tetapi kepada wanita. Betapa mudahnya maruah seorang wanita tercalar. Penjagaan maruah seorang wanita amat dititikberatkan dalam Islam. 

" Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan) "  ( Surah Al-Isra' : Ayat 32 )



Kesimpulannya, kena ingat, Islam tidak menolak sepenuhnya perkara kat atas ni. Memang Islam tidak menghalang budaya ber'couple' ini, tapi kita perlu patuhi beberapa syarat tersebut. Jika kita gagal memenuhi syarat-syarat ni, maka terjatuhlah hukum haram. Makin dekat kita dengan dosa, makin jauh kita dengan Yang Esa. Memang betul, bercouple tidak salah, tapi adakah kita mampu untuk memelihara perkara di atas??? Berfikirlah!






RENUNGAN

Haa. Korg semua dah baca belum atas tu?
So apa yang korg rasa? Nak 'COUPLE' tak?
Jom, tapi kita couple lepas kawin je la ye.
Baru best kot.
Hehe ^_^

May ALLAH bless us.

Assalamualaikum =)

No comments:

Post a Comment