Blogger Widgets
Selamat Datang Ke Laman Mr.S... Semoga Anda Bergembira Dalam Melayari Blog ini... Jangan lupa Follow, Like, Share Dan Comment ye!! ^_^ Terima Kasih!!!

Thursday 26 January 2012

Tips 1 : Cemerlang Dengan Memberi Maaf


   

Assalamualaikum =)

Jiwa orang yang sukar memaafkan orang lain sering ditumbuhi bibit-bibit dendam. Apabila dendam berkembang dan menguasai jiwa, ketenangan dan kedamaian akan luput daripada jiwa itu. Dendam mempunyai manifestasinya. Mengikut Imam Ghazali di dalam Ihya Ulumuddin dalam bab Tercelannya Marah, Dendam dan Dengki, manifestasi itu boleh dibahagikan kepada lapan.


  1. Berhasad dengki. Kita akan bergembira apabila nikmat yang dimiliki oleh musuh kita hilang dan luput daripadanya.
  2. Berdengki secara yang bersangatan. Kita berasa bahagia apabila musuh kita mendapat musibah dan malapetaka.
  3. Memutuskan silaturahim. Kita tidak mahu menegur dan bercakap dengan musuh walaupun dia mendatangi kita.
  4. Berpaling muka. Kita tidak sudi melihat wajah musuh kita. Kita lakukannya bertujuan untuk menghinanya.
  5. Mendedahkan keburukan. Kita mengumpat, memfitnah, membuka rahsia serta bohong berkenaan musuh kita. Dengan itu, dosa kita bertambah.
  6. Mengejek. Kita meniru perbuatan serta perangai musuh kita bertujuan menghina serta menjatuhkan air mukanya.
  7. Bertindah agresif. Kita tidak mampu mengawal diri sehingga bertindak memukul dan menyakiti musuh kita.
  8. Bertindak zalim. Kita mengambil hak musuh dan tidak memberikan keadilan kepadanya. Pada masa itu kita sebenarnya sudah melakukan dosa besar.

Abu Darda' pernah ditanya berkenaan ciri-ciri manusia yang mulia. Beliau berkata, " Mereka ialah golongan yang sudi memaafkan di saat mereka berkemampuan untuk membalas dendam "

( Inspired from TIP-TIP CEMERLANG DARIPADA AL-QURAN, Dr Danial Zainal Abidin )


PESANAN!!
Sedangkan Nabi maafkan umat, apatah kita yang hanya sebagai manusia biasa.
Sama-sama lah kita bermaafan sesama kita.
Jangan tunggu masa Hari Raya okey.
May ALLAH bless us.

Assalamualaikum =)

No comments:

Post a Comment