Blogger Widgets
Selamat Datang Ke Laman Mr.S... Semoga Anda Bergembira Dalam Melayari Blog ini... Jangan lupa Follow, Like, Share Dan Comment ye!! ^_^ Terima Kasih!!!

Saturday 28 January 2012

Tips 2 : Mari Bersyukur

Assalamualaikum =)

Hye everyone? Sihat tak? Moga-moga korg sihat disamping orang tersayang k. Baiklah, tips yang kedua kali ini Mr.S nak kongsi dengan korg semua macam mana kita nak melahirkan rasa syukur kita kepada Allah. Memang banyak yang boleh kita tunjukkan dalam bersyukur ini. Salah satu tanda kita bersyukur adalah Sujud Syukur.





Sujud Syukur merupakan salah satu cara yang mudah untuk kita bersyukur kepada Allah. Sujud syukur tidaklah wajib dilakukan akan tetapi ia merupakan salah satu perbuatan yang digalakkan atau mustahabb. Ia sebagai tanda berterima kasih seorang hamba kepada Allah.

Bila masa yang mengharuskan untuk sujud syukur? 
- Mendapat berita gembira. 
- Mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan. 
- Mendapat tawaran melanjutkan pelajaran. 
- Menyambut kelahiran anak. 
- Memperoleh kemenangan dalam sebarang pertandingan sukan atau peraduan. 
- Bertunang atau berkahwin. 
- Mendapat pekerjaan yang baik atau dinaikkan pangkat. 
- Menang pilihanraya. 
- Terhindar daripada bahaya. 
- Terselamat daripada kemalangan jalan raya atau kebakaran. 
- Bebas daripada fitnah yang merosakkan nama baik dan beluarga. 
- Dibebaskan daripada penjara.  
- Sembuh daripada sakit. 
- Diselamatkan daripada lemas. 
- Harta benda yang dicuri atau dirompak, ditemui kembali atau dikembalikan.
Kenapa kita perlu bersyukur? Bagaimana kalau kita lupa nak bersyukur? Mr.S pun kadang-kadang lalai dan lupa untuk bersyukur. Sebagai insan biasa, kita tidak lari dari melakukan kesilapan kan? Tapi tidak kah kita tahu, jika kita tidak bersyukur, ia akan membawa kepada kekufuran. Kerana bersyukur dan berterima kasih kepada Allah adalah kewajipan seorang mukmin. Selain itu, dengan bersyukur, Allah akan menambahkan rezeki yang kita perolehi. Allah juga akan melipat gandakan kurniaanNya kepada orang yang bersyukur.


" Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: “Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras” "
 (Surah Ibrahim : Ayat 7 )


Di sini Mr.S tunjukkan bagaimana cara-cara kita nak melakukan sujud syukur okey. So sujud syukur ni amat mudah kita lakukan kerana hanya ada 6 steps je.

1- Niat untuk melakukan sujud syukur.      
 Niat untuk sujud syukur adalah seperti ini : " Sahaja aku sujud syukur kerana Allah Taala ". 
2- Takbir.    
 Takbiratul Ihram seperti mana dalam solat. 
3- Sujud.      
 Selepas kita mengangkat takbir, kita terus bersujud.
4- Membaca zikir.    
 Lafaz zikir adalah seperti berikut:

" Sujud wajahku kepada Dia (Allah) yang menjadikannya dan membentuknya, dan menjadikan pendengarannya dan penglihatannya dengan kekuatanNya. Maha Suci Allah sebaik-baik pencipta. "
5- Bangun dari sujud.  
   Kita bangun dari sujud selepas membaca zikir tadi. Bangun seperti dalam solat selepas sujud.
6- Memberi salam.      
   Sama seperti dalam solat. 

 Sebelum terlupa, Mr.S nak terangkan juga apakah Syarat-syarat Sah semasa sujud syukur.

  • Suci daripada hadas kecil dan besar dengan berwuduk dan mandi junub atau alternatifnya.
  • Suci tubuh badan, pakaian dan tempat daripada najis.
  • Menghadap kiblat.
  • Menutup aurat.


( Inspired from Anda Bertanya, Ustaz Menjawab Mengenai Solat , Rohidzir Rais )

Mudahkan?? Jadi selepas ni kita sama-samalah memperbanyakkan lagi kesyukuran kita kepada Allah dengan mengamalkan sujud syukur ni. Ni adalah salah satu cara sahaja. Sebenarnya banyak lagi cara untuk kita bersyukur. Berdoa, bersedekah, mengucapkan Alhamdulillah, dan banyak lagi. Selamat beramal semua :)

May Allah bless us.

Assalamualaikum =)

No comments:

Post a Comment