Blogger Widgets
Selamat Datang Ke Laman Mr.S... Semoga Anda Bergembira Dalam Melayari Blog ini... Jangan lupa Follow, Like, Share Dan Comment ye!! ^_^ Terima Kasih!!!

Tuesday 14 February 2012

Siapa Jodoh Aku?



Assalamualaikum =)

Apa kabar semua?? Sihat?? Entry kali ini Mr.S nak berkongsi tentang JODOH pula. Bercerita soal jodoh, bukan dalam kotak pengetahuan kita sebagai manusia bahkan ia adalah pengetahuan Allah sepenuhnya. Kita tidak mampu untuk menentukan siapa jodoh kita, berapa ramai anak kita, kebahagiaan kita, tetapi kita mampu merancang. Ada juga seorang lelaki yang berjaya mengahwini seorang wanita yang solehah serta cantik, tetapi akhirnya mereka bercerai kerana bukan jodoh untuk mereka. Di sini Mr.S ada sepotong ayat berkaitan dengan jodoh.


" (Lazimnya) Perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat. Lelaki -lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat, perempuan-perempuan yang baik adalah untuk lelaki-lelaki yang baik dan lelaki-lelaki yang baik adalah untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih daripada tuduhanburuk yang didakwa ke atas mereka oleh orang (yang jahat), mereka (yang baik) itu beroleh pengampunan Allah dan dikurniakan rezeki yang mulia. "
(Surah An-Nur : Ayat 26)
Berdasarkan ayat berikut, ia diturunkan untuk menyucikan diri Aisyah r.a. daripada fitnah yang dibawa oleh mulut-mulut kotor orang munafik. Mereka mendakwa bahawa isteri Rasullullah SAW, Aisyah binti Abu Bakar melakukan penzinaan. Namun, Allah mencintai hambaNya yang kasih kepadaNya, lantas menurunkan wahyu bersaksi atas kesucian Aisyah.

Apakah hujah Allah SWT? Hujahnya adalah perempuan yang jahat dan hina adalah buat lelaki yang jahat juga. Manakala perempuan yang baik dan solehah untuk lelaki yang solah. Aisyah adalah wanita yang solehah, dia mendapat kemuliaan dengan dijodohkan dengan Rasullullah SAW.

Sekiranya kita hendak mencari jodoh yang soleh mahupun solehah, kita perlu memperbaiki diri kita dan membentuk peribadi agar menjadi insan yang soleh di mata Allah SWT. Dalam dunia ini, tidak ada seorang pun yang mahukan pasangan yang jahat dan hina, semuanya mahukan yang baik sahaja. Seperti Mr.S juga sebagai manusia biasa ini.

Aisyah r.a pernah mendengar Rasullullah SAW berkata,

" اَلَأرْوَاحُ جُنُودٌ مُجَنَّدَةٌ فَمَا تَعَارَفَ مِنْهَا ائْتَلَفَ وَمَا تَنَاكَرَ مِنْهَا اخْتَلَفَ "

" Roh-roh adalah umpama tentera yang berperang, apabila ia saling kenal mengenali, is akan bersatu, apabila ia saling tidak mengenali, ia akan berbeza. "

(Diriwayatkan oleh Al-Bukhari)

Kecenderungan manusia memang begitu, itu hakikat roh yang rahsianya cukup tersembunyi. Apabila kita sukakan seekor kucing yang berbulu tebal, kemudian ada pula manusia lain yang juga sukakan kucing yang sebegitu, pastinya timbul rasa 'dekat' dalam hati kita. Sama seperti manusia juga, jika kita mengenali seseorang itu dengan lebih dekat, pastinya akan makin terdekat.

Uniknya Islam kerana adanya pertunangan. Dalam tempoh ini lah Islam memberikan masa kepada pasangan calon suami isteri untuk mencri latar belakang masing-masing sekaligus dapat mewujudkan perasaan cinta sesama mereka. Mungkin banyak perbezaan yang dapat dikesan tetapi dengan beberapa kecenderungan yang sama, Allah mengikat cinta sesama kita dengan lebih kukuh dan erat. Sama-samalah kita berdoa kepada Allah. Sesungguhnya, hanya Allah yang tahu jodoh kita =)!

* Ideas from " Apa Erti Cinta? : Syihabudin Ahmad "


RENUNGAN
Haa, amacam semua??
Oke tak??
So lepas nie kita sama-samalah berdoa ye..
Doalah bahawa Allah jodohkan kita dengan jodoh yang sebaiknya..
Ingatlah, lelaki yang baik untuk wanita yang baik..
Renung-renungkan dan beramal bersama..
Hehe ^_^v

May ALLAH bless us

Assalamualaikum =)

No comments:

Post a Comment